Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan, menang dengan majoriti sebanyak 65 undi. PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.
usinkata; UBN "menang" utk mengurangkan majoriti..
Ini pengajaran besar buat semua pemimpin Pakatan Rakyat dan juga ahli-ahlinya..sudah berlalu 2 PRK iaitu di Penanti dan Manik Urai...dan ianya menunjukankan bahawa UBN sudah serius utk belajar dari kesilapan dan berjaya mara kehadapan sedikit demi sedikit..walaupun tidak berjaya mencatatkan kemenangan namun kekalahanya tidaklah memalukan...
Wajar difikirkan sejenak pendapat dari Malaysiakini..
Maka timbul persoalan sama ada kemenangan Pakatan Rakyat dalam siri pilihanraya kecil sebelum ini, sebenarnya atas kekuatannya sebagai sebuah gabungan parti pembangkang, atau atas isu-isu yang tercetus ketika ia berlangsung?
Mungkin ada kebenarannya dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang pada April lalu di mana Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mendapat undi simpati susulan disingkirkan oleh BN daripada jawatan menteri besar.
Dan dalam kes pilihanraya kecil Kuala Terengganu, kejayaan calon PAS, Abdul Wahid Endut merampas kerusi dari BN dilihat akibat kelemahan peribadi serta sabotaj ahli Umno sendiri terhadap calonnya Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
No comments:
Post a Comment