Pada tahun 1944 Perdana Menteri British, Churchill telah mengarahkan Anthony Eden supaya British meneruskan cengkamannya di Malaya dan Singapura demi menjamin nilai sterling sedia ada agar sentiasa berada di tahap yang tinggi. British merancang untuk tidak melakukan pengunduran yang dianggapnya sebagai “premature withdrawal” melainkan sesudah misinya tercapai, malah mereka tidak bersedia untuk mencairkan harta kekayaan yang mereka kumpul di Malaya dalam bentuk tunai dan kembali ke England. Justeru mereka telah mempertahankan segala dasar penguasaannya di Malaya kerana keadaan di sini adalah lemah dan boleh dikawal semula. Oleh sebab itulah selepas kekalahan Jepun pada tahun 1945 Inggeris kembali bertapak di Malaya.
Kemasukan semula British ke Malaya pada 1945 bukanlah untuk menangkap rama-rama yang cantik yang muncul berterbangan dengan tiba-tiba selepas sahaja Jepun tewas. Rakyat Malaya pada ketika itu tercengang dengan kehadiran rama-rama yang cantik ini dan begitu banyak berterbangan di setiap pelusuk tanah air. Kedatangan semula kuasa imperialis ini demi memperteguhkan taraf hidup Anglo-Saxon di London dengan mengembleng segala sumber kekayaan yang ada di tanah jajahan, khususnya Malaya dan Singapura demi memperteguhkan nilai sterlingnya.
Pada Julai 1948 selepas darurat diiyshtiharkan. setiausaha kepada negeri-negeri kolonial British, Creech Jones dalam satu memorandum kepada Menteri Kabinet British; menyebut "bahawa untuk tahun 1947 jumlah keseluruhan nilai eksport Singapura dan Malaya adalah berjumlah 15 juta pound sterling berbanding dengan lain-lain jajahan seluruhnya yang bejumlah 56 juta pound sterling. Malaya dan Singapura telah menyumbangkan lebih kurang 27 peratus perolehan hasil kepada London".
sumber;matamin.blogspot.com
usinkata; mmg benar kata saudara panji Darman ..
"sejarah Malaysia telah ditulis oleh tangan golongan oportunis Pro-British yang telah dirasuk oleh faham kebendaan. Tidaklah menghairankan sekiranya para pemimpin hari ini tidak mempunyai integriti untuk membela rakyat miskin yang mengharapkan pembelaan."
lu fikirla sendiri.....gua pun sayu mengenangkan nasib kita(melayu)...
No comments:
Post a Comment