Monday, July 27, 2009

"Melayu" mana jual "Melayu"...


"Haloo..Syeikh...ana ada banyak "minyak dagu kambing" daaaa..suma ada simpan dalam tanah...sekarang ana mau jual lahh...tak banyak...USD 1 Billion saja..."
KUALA TERENGGANU – Terengganu Investment Authority (TIA) bukan lagi sebuah badan pelaburan milik kerajaan Terengganu apabila ianya diputusakan menjadi sebuah entiti persekutuan dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB)Akhbar the Star pada 22 Julai lalu telah memetik kenyataan Perdana Menteri Malaysia yang berkata selepas berbincang dengan Putera Mahkota Abu Dhabi General Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan, yang juga Pengerusi al-Mudabala Development.Selepas lawatan peribadinya sehari ke Abu Dhabi, Najib berkata syarikat pelaburan tersebut bersetuju untuk melabur sebanyak USD 1 bilion dalam bidang hartanah dan perkhidmatan di Malaysia.”Untuk membolehkan pelaburan ini berjaya, kerajaan telah memutuskan TIA akan di kembangkan menjadi sebuah Dana Kekayaan Diraja (sovereign wealth fund) yang akan dikenali sebagai 1Malaysia Development Bhd,”kata Najib dalam satu kenyataan.Pada asalnya TIA dicadangkan atas kepentingan menjamin kekayaan minyak Terengganu dikekalkan untuk masa depan sekiranya Terengganu tidak lagi menjadi pengeluar minyak.Ia dijangka mengumpulkan RM6 bilion dana hasil tawaran bon yang mencagarkan ‘bayaran royalti kerajaan negeri Terengganu’ yang belum diterima.Dengan pengumuman itu juga, TIA, yang dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar Terengganu akan di letakkan dibawah Kementerian Kewangan dan dilaporkan terus kepada Perdana Menteri Malaysia.- sumber BuletinOnline
usinkata; jika ianya benar-benar terjadi maka lengkaplah slogan terbaru Najib...1Malaysia akan terjual...lelong-lelong...
"wow..!!!!..meniaga "Melayu" lagi untung dari meniaga unta..!!!..wow!!!!

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009