Tuesday, July 28, 2009

Mahkamah; Kura-Kura atau Kereta Antik..?


Keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Tepat, Kata Majlis Peguam

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Majlis Peguam menyifatkan keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengarahkan pihak pendakwaan membekalkan dokumen sebelum bermulanya perbicaraan kepada pihak pembelaan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah langkah tepat untuk sistem keadilan jenayah.
Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan berkata keputusan Mahkamah Tinggi pada 16 Julai lalu adalah konsisten dengan polisi kerajaan dalam penggubalan Seksyen 51 A Kanun Acara Jenayah (yang berkuatkuasa pada 2007) untuk menjadikan sistem keadilan jenayah lebih sama rata di antara pihak pendakwaan dan pembelaan.
"Pembekalan dokumen-dokumen sebelum perbicaran bermula juga akan menolong pihak pembelaan untuk menyediakan kes bagi tertuduh dengan lebih sempurna dan menjimatkan masa mahkamah, di mana pihak pembelaan akan lebih bersedia dan akan mengurangkan penangguhan perbicaraan-perbicaraan (di mahkamah) untuk meneliti dokumen-dokumen yang baru dikemukakan," katanya dalam satu kenyataan di sini Selasa.
Majlis Peguam berpendapat bahawa keputusan itu membuka satu lembaran baru di dalam proses keadilan di Malaysia setaraf dengan prinsip-prinsip antarabangsa, katanya.
Antara dokumen-dokumen yang diarahkan oleh Mohamad Zabidin untuk diberikan dalam kes Anwar termasuklah nota-nota ahli kimia dan doktor, senarai saksi-saksi yang akan terlibat di dalam kes pendakwaan, penyata fakta-fakta yang menyebelahi pembelaan dan penyata-penyata saksi yang dirakam oleh pihak polis.
usinkata; aku yg "pekak" dalam hal ehwal perundangan pon bole pikir ..macam mana peguam Saifool Buasir kalau boleh langsung xmau bagi peguam anwar nk jeling sikit pon dokumen-dokumen yg sememangnya cukup 'berharga' itu..
Kalau tidak diberi macam mana nk buat hujah pembelaan..tuduh yg lain bela yg lain..pendakwa bagi pendakwaan...peguambela kata tunggu sat nk balik kaji pembelaan..tangguh lagi perbicaraan..abis tue jadi macam Mahkamah Kura-Kura la pulak....lambat..lembab..tak pun jadi Mahkamah Kereta Antik...baru jalan 2 3 meter..berenti...enjin berasap....
Sudah tentu dibelakang para peguambela Saifool ada yg menjadi "tok dalang"..sudah pasti...
Persoalan "nakal" yg tidak pernah "mati" utk difikirkan....
Adakah sememangnya langsung tiada dokumen-dokumen tersebut dalam simpanan peguam Saifool Buasir..hanya hendak dilayarkan penipuan buat 1Malaysia dimana peguam-peguam dakwaan kononya mereka mempunyai bukti-bukti kukuh utk mendakwa Anwar..?
Adakah tiada langsung bukti-bukti kukuh di dalam dokumen utk dibuat pendakwaan..dan mereka ini masih menanti 'tok dalang' membawa bahan bukti baru..?
Aakah dengan melengah-lengahkan perbicaraan dengan cara menyulitkan pembelaan oleh peguam-peguam Anwar maka kes ini dapat dilengahkan sehinggalah menunggu peluang UMNO/BN serta Najib dapat diterima oleh rakyat 1Malaysia...barulah kes ini dimuktamadkan..?
Adakah ingin melihat Anwar yg sedang dalam 'uzur' sakit belakang...mati sebelum kes ini selesai..maka senang cerita tutup kes...so lengah-lengahkan laa..sampai Anwar mati..?

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009