Friday, July 10, 2009

Susu Ibu...


Pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak perempuan.

Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut. Oleh kerana mereka bersalin pada waktu dan masa yang sama, maka timbul sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut.

Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya kepada kawanya, sorang doktor dari mesir.Macam mana nak selesaikan masalah tersebut.Dia orang sudah membuat ujian darah dan malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut.

Maka doktor Amerika itu bertanya kepada doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata, Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran..

Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya.

Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya!

Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut. So, setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut.

Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu.. Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut

Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan !

Semoga menjadi panduan buat kita semua......

usinkata; ini secebis kisah yg dihantar oleh seorang teman...harap ada pihak yg sudi utk membuat kajian mengenai susu ibu yg melahirkan anak lelaki dan perempuan..dari kisah ini saya berpendapat memang ada kebenaranya..cuma bukti saintifik sahaja yg belum saya ketahui..

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009