Monday, July 13, 2009

Buaya 90 juta tahun yang lalu...


Fosil buaya mirip armadilo yang pernah hidup di Brazil 90 juta tahun lalu.
RIO DE JANEIRO — Fosil yang baru ditemui di Brazil berasal dari jenis haiwan sejenis buaya, tetapi memiliki ciri mirip armadilo. Haiwan ini dikatakan pernah menjadi predator di sekitar daerah Sao Paulo saat ini, sekitar 90 juta tahun yang lalu.
"Dengan panjang hampir 2 meter dan berat kira-kira 120 kg, haiwan yang diberi nama Armadillosuchus ini memiliki penampilan yang unik di daerah tersebut," kata para penyelidik dari Universiti Rio de Janeiro. Haiwan tersebut memperlihatkan beberapa karakteristik dari armadilo, dengan tulang yang menonjol di daerah leher dan punggung belakang.
Para penyelidik menyatakan, haiwan ini memiliki tempurung, tulang yang lebar, hidung yang pendek, tipis, dan relatif kecil, khususnya pada bahagian gigi yang berbeza dengan buaya-buaya lain yang pernah ditemui.
"Armadillosuchus hanya ditemui di daerah pedalaman Sao Paulo dan hal ini mengejutkan kerana perbezaan pendapat yang ada bahawa buaya ditemui di daerah panas dan iklim lembab," ujar Ismar de Souza, paleontologi dari Universiti Rio de Janeiro.
Sementara itu, buaya unik tersebut tinggal di daerah yang saat itu diperkirakan beriklim panas, tetapi kering dan gersang. Buaya tersebut hidup di periode Cretaceous ketika suhu mencapai 45'C
Ketika dipamerkan fosil tersebut dalam sidang media di Rio, baru-baru ini, para penyelidik memperlihatkan bahagian kepala, tulang rusuk, dan kaki. Fosil ini ditemui kali pertama pada tahun 2005.
sumber; kompas.com

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009