Saturday, July 18, 2009

Nothronychus graffami: Dinosaur Terbaru Ditemui...


Nothronychus graffami, credit Victor Leshyk 2009.
Utah: Kerangka lengkap dinosaurus therizinosaurus ditemui di selatan Utah, Amerika (AS). Penemuan ini memberikan titik tolak terhadap evolusi binatang pemakan tumbuhan dan daging di zaman Paleo dimana predator seperti velociraptor kemungkinan berkembang dari nenek moyang pemakan tumbuhan.
Dinosaurus yang baru saja ditemukan ini yang diberi nama nothronychus graffami, hidup sekitar 93 juta tahun yang lalu. Binatang ini berukuran tinggi empat meter dan memiliki paruh serta kaki depan seperti sayap dengan cakar sepanjang 22 sentimeter. Selain itu, binatang ini berkaki pendek dan gemuk, memiliki usus lebar, dan ciri-ciri lain yang menandakan bahwa mereka cenderung memakan tanaman dibanding mengejar mangsa.
"Ia perlukan masa yang lama untuk mencerna makanan berbentuk tumbuhan di usus," kata ketua peneliti Museum Field Chicago, Illinois, Amerika, Lindsay Zanno. Menurutnya, pemakan tumbuhan harus menjalani proses pencernaan yang panjang untuk mendapatkan tenaga yang mereka perlukan untuk bertahan(hidup).
struktur tubuh binatang ini mirip dengan therizinosaurus, yakni dinosaurus yang dikatakan jenis maniraptoran yang memiliki hubungan nenek moyang burung. Meskipun dua kelompok tersebut terpisah sekitar 150 juta tahun yang lalu, ketika zaman jurassic. Kebanyakan theropods seperti tyrannosaurus rex dan velociraptor, adalah pemakan daging. Sedangkan, therizinosaurus sepertinya memakan tumbuhan.Untuk mengungkap bagaimana kedua pola makan karnivora dan herbivora ini berkembang pada theropods, Zanno bersama rekan-rekannya membandingkan anatomi dinosaurus yang baru ditemukan ini dengan spesimen dari 75 spesies theropod lainnya. Dalam upaya tersebut, kumpulan penyelidik menemui bahawa therizinosaurus pemakan tumbuhan seperti graffami adalah kelompok paling kuno dari maniraptorans. Ini ertinya pemakan tumbuhan itu ada di awal masa evolusi maniraptorans. Penemuan ini dilaporkan pada 15 July pada jurnal lanjutan dari Royal Society B: Biological Sciences.(AND/LiveScience)
sumber; Liputan6.com

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009