Wednesday, July 29, 2009

Gerakan BN Tawan Kedah Sedang Berjalan...


"Gerombolan kat sana sama saja dengan Gerombolan kat sini.."

BN Mampu Tawan Semula Kedah : Penganalisis Politik Pensyarah Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mustafa Ishak

ALOR SETAR, 29 Julai (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) mampu menawan semula Kedah daripada pakatan pembangkang dengan syarat jenteranya menggandakan usaha sedia ada dan paling kritikal, merapatkan barisan sayap parti itu, kata seorang penganalisis politik.Pensyarah Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga Penasihat Strategik Umno Kedah berkata,

"Saya tidak fikir pembangkang mampu kekalkan momentum kerana mereka sendiri berada dalam keadaan tertekan dan sudah ada perbalahan pendirian antara pemimpin Pas sehingga kita tidak tahu siapa sebenarnya yang berkuasa dalam parti itu,"


Pemuda UMNO Kedah lapor SPRM penyelewengan tender balak
29/07/2009 9:12pm - Utusan Meloya

ALOR SETAR 29 Julai - Pergerakan Pemuda UMNO Kedah hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai penyelewengan tender balak yang didakwa membabitkan pemimpin tinggi kerajaan negeri Kedah.
Ketuanya, Badrulhisham Hashim ditemani Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, Harris Che Mat membuat laporan di pejabat SPRM cawangan Kedah di Anak Bukit di sini.
“Pergerakan Pemuda UMNO membuat laporan itu setelah mendapat bukti yang semuanya diserahkan kepada SPRM untuk mengambil tindakan. Saya yakin SPRM akan dapat membongkar kes ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.
Beliau mendakwa penyelewengan itu membabitkan kepimpinan kerajaan negeri Kedah.
“Selain itu, pemberian tender balak di Lot 1771 Bukit Kachi, daerah Kubang Pasu mempunyai unsur penyelewengan,” dakwanya. - Bernama

usinkata; Senang la cerita..semua pemimpin UMNO/BN sudah terliur dengan Projek Jelapang Minyak yg sedang berjalan di negeri Kedah...kalau dapat projek tue...2 3 keturunan pon makan x abis...alaa...kan depa nie sudah berpengalaman.mcm mana nk bagi 1 2 3 juta masuk dlm kocek sendiri melalui Projek Jelapang Minyak ini..akai depa jenuh bab-bab nk sedut duit side income nie...huhuhu duit komisen...duit kopi...dui-duit-duit..mmg "hantu' betoi la duit nie...

Memang benarlah kata seseorang...."Bila Bulan Mengambang..maka berkeliaran laaa Hantu-Hantu mencari makan..."....sebelum ini bila Bulan xmengambang..ada "org" dok bagi depa makan...sekarang "org" tue sudah silau dengan Bulan..terus blah xmau bagi makan...so...sekarang tibanya masa Bulan Mengambang..bertebaran la Hantu-Hantu nie...

Gigit sana..gigit sini..gempar Bukit Selambau..gempar Bukit Gantang...angkat orang hitam...humban org hitam...naikan org hitam..angkat org putih kuning...lempar jatuh org putih kuning...itu keja Hantu-Hantu bila Bulan Mengambang....................

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009