Saturday, July 18, 2009

Lawan tetap Lawan...


Bola Shebbie: Lakarkan memori abadi

KITA akan menentang kelab gergasi dunia, Manchester United petang ini dan perlawanan yang bakal bermula jam 5.30 petang itu sudah memberi satu kelebihan. Keadaan cuaca akan memainkan peranan penting dan di sinilah datang keyakinan bahawa kita boleh melakukan sesuatu yang istimewa.Saya sokong seruan jurulatih kebangsaan, K Rajagobal supaya pemain tidak dibelenggu rasa negatif tetapi bermain penuh berani. Inilah satu-satunya peluang untuk pemain kita menjadi wira. Allahyarham Mokhtar Dahari disebut-sebut kerana jaringan gol hebatnya ketika menentang Arsenal serta pasukan England B.Sabah pula bangga dengan penyerang Matlan Marjan yang menjaringkan dua gol menentang pasukan England pada 1991. Ini berikutan England beraksi di separuh akhir Piala Dunia 1990.Siapakah yang akan muncul kali ini dengan menjaring gol menentang pasukan yang terhebat di dunia? Inilah harus menjadi motivasi setiap pemain yang bakal beraksi.
Peluang menentang kelab profesional dari Eropah harus digunakan pemain untuk menghitung kemampuan mereka di segi fizikal, mental serta taktikal.
Antara pengalaman saya sendiri sudah tentunya mengalahkan Ipswich Town di Portman Road pada 1983. Ia tidak boleh saya lupakan. Kemenangan 1-0 hasil jaringan Zainal Abidin Hassan bermula daripada satu sindiran dan itulah menjadi motivasi kami.Sesampai di Stadium Ipswich Town, kami diarah ke bilik persalinan dan selepas bersiap sedia, kami menuju ke padang melalui terowong. Kelihatan sesuatu yang luar biasa mengenai keadaan padang stadium seakan-akan meja biliard. Warna hijau serta kerataan padang dan debaran hati makin kuat.Kami dilarang memijak padang dan sebaliknya dibawa keluar stadium dan ke padang latihan di belakang Grandstand. Maka mulalah kami naik angin dan seterusnya beraksi dengan cukup semangat.Mendiang R Arumugam tangkas sebagai penjaga gol, gandingan Soh Chin Aun dan Santokh Singh kebal di bahagian pertahanan, Ahmad Yusof begitu rajin menguasai bahagian tengah bersama saya dan Zainal Abidin Hassan beraksi seperti Pele!Jadi, kepada pemain yang akan beraksi menentang Manchester United, berilah yang terbaik kerana akhirnya, permainan bola sepak dibina atas memori yang akan kekal selama-lamanya.
usinkata; Harapan menggunung tidaklah diharapkan oleh saya..cukuplah sekadar dapat memberikan tentangan sengit pon sudah memadai..kalah xpa...janji bermaruah....lawan tetap lawan...

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009