Wednesday, July 8, 2009

"Perkahwinan..?" ;Antara PAS Kedah dan DAP Kedah


Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan meminta DAP Kedah supaya mengkaji semula keputusan mereka minggu lalu yang mahu keluar daripada Pakatan Rakyat negeri itu.
Beliau berkata, perjumpaan beliau dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di sini hari ini memberi hasil yang positif.
Lim berkata, beliau berpuas hati selepas Azizan memberi jaminan bahawa isu itu kini sedang diselesaikan.




Menteri Besar Kedah berkata, satu sekretariat Pakatan Rakyat peringkat Kedah telah ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah-masalah berbangkit di negeri itu.
Sambil menyifatkan apa yang berlaku sebelum ini sebagai "ribut dalam cawan", Azizan berkata, pihaknya kini sedang berusaha untuk mengatasi masalah yang dibangkitkan DAP sebelum ini termasuk isu kuota 50 peratus bumiputera ke atas projek perumahan negeri, perobohan kuil dan tokong serta perobohan tempat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.
"Masalah berhubung kuota perumahan bumiputera dan bukan bumiputera telah diterangkan dan kita berjanji, satu mekanisme termasuk untuk melepaskan rumah-rumah yang tidak boleh dijual supaya tidak membebankan pemaju yang terlibat dengan perubahan.
"Bagi rumah penyembelihan babi, kita telah dapat satu tempat di Kedah yang tidak mengganggu penduduk dan kita telah dapat kelulusan daripada kerajaan persekutuan," katanya.



usinkata; melihat "ribut didalam cawan" yg melanda Pakatan Rakyat di negeri Kedah yg melibatkan DAP dan PAS..saya terkenangkan satu pendapat yg saya sering "pegang"...

"Pasangan suami isteri yg sering bergaduh,berselisih faham,berlainan pendapat,angin tak selari...jangka hayat perkahwinan mereka lebih panjang dan lama serta berkekalan hingga ke akhir hayat jika dibandingkan dengan pasangan yg langsung tiada atau kurang pergeseran pendapat..dan tidak pernah bergaduh..."
"ini kerana apabila bergaduh dan sebagainya...akan membuka satu peluang utk merapatkan kembali hubungan serta menambahkan kemesraan diantara pasangan ...apabila apa jua masalah dapat diselesaikan dengan baik dan bijak..."


Oleh itu berkali-kali saya menekankan bahawa masalah DAP Kedah dan Pas Kedah yg tercetus baru-baru ini adalah satu titik permulaan "proses kemantapan" Pakatan Rakyat utk mengambil alih Putrajaya tidak lama lagi...lihat sahaja apa yg berlaku...kini satu sekretariat Pakatan Rakyat peringkat Kedah telah ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah-masalah berbangkit di negeri itu.


No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009