Losers sit alone... after a week of turmoil over his legal practise and marital status defeated BN candidate Rohaizat Othman has a quiet moment after his defeat. His parting shot was his disappointment with the Chinese community for apparently not backing him.-MalaysianInsider
Ternyata kegagalan UBN utk menghentikan 'badi' kekalahan didalam setiap PRK yg berlangsung kini didalangi dengan kehilangan sokongan kaum bukan Melayu iaitu kaum Cina...
Najib sudah mengetahui faktor kekalahan UBN namun sengaja dirahsiakan buat pengetahuan umum dan bersedia utk mengkajinya
Namun bagi Rohaizat setelah menerima kekalahan dan seterusnya bakal mencongak kehilangan beliau didalam arus politik buat selama-lamanya..sudah melondehkan apa yg cuba dirahsiakan oleh Najib mengenai faktor kekalahan UBN...faktor tersebut ialah..
Projek 1MALAYSIA sudah "GAGAL"...dan ianya sudah diterjemahkan didalam PRK Permatang Pasir...
Najib gagal men-1MALAYSIA-kan rakyat di Permatang Pasir apatahlagi UBN kecundang akibat dari kehilangan sokongan masyarakat Cina dikawasan tersebut..
Mengapa Najib gagal men-1MALAYSIA-kan masyarakat kaum Cina di Permatang Pasir ?
1) UBN sendiri gagal menyelesaikan isu kematian 'pelik' mendiang Teoh Beng Hock..
2) Isu PKFZ yg melibatkan MCA didalangi oleh UMNO sendiri..
Isu Teoh secara mendalam mendapat perhatian dan simpati masyarakat Cina keseluruhanya..walaupun UBN mewujudkan Suruhanjaya utk menyiasat kematian 'pelik' itu namun semakin hari semakin 'pelik' dan 'ajaib' yg telah terdedah..apatahlagi dengan kehadiran misteri' dan dihari terakhir kempen surat misteri itu dibakulsampahkan oleh polis atas arahan Peguam Negara...
Isu PKFZ secara senyap-senyap sudah meresapi ke sanubari masyarakat Cina dengan terdedahnya berlaku 'derma' bernilai jutaan RM ....berlakunya skandal ini cukup meresahkan MCA sendiri..itulah sebabnya MCA sendiri kurang memainkan perananya utk memenangkan Rohaizat apatahlagi MCA bagaikan dapat merasai UMNO sedang memecahbelahkan MCA secara senyap..ini dapat dilihat dengan kenyataan bekas pemimpin MCA yg kini sudah menyeberangi PKR iaitu Chua Jui Meng...
CJM hari ini mendedahkan bahawa "apa yg dihadapi oleh Ong kini sebagai konspirasi Umno untuk menjatuhkannya. "
Dakwaan Chua itu tampil selepas dakwaan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker baru-baru ini bahawa ramai tokoh Umno dan MCA berada dalam "payroll" Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing.
KDSB ialah pemaju PKFZ.
KDSB ialah pemaju PKFZ.
CJM menambah... "Pernahkah anda melihat Perdana Menteri tampil mempertahankan Ong? Pernahkah anda dengar Timbalan Perdana Menteri mempertahankan Ong berkaitan skandal PKFZ?
"Atau di mana para pemimpin Umno lain untuk mempertahankan Ong mengenai isu itu?
"Apa yg berlaku itu, tambah pula khabar angin yang tersebar luas di dalam BN yang mendakwa bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berpuas hati melihat Ong menjadi Presiden MCA dan lebih suka Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek memimpin parti itu, telah melemahkan kedudukan Ong."
"Semua ini menunjukkan dakwaan Ong bahawa beliau diserang dari dalam dan luar adalah benar,"
"Semua ini menunjukkan dakwaan Ong bahawa beliau diserang dari dalam dan luar adalah benar,"
Gerakan pun xnampak "gerakan' mereka utk menggerakan masyarakat Cina utk menyokong Rohaizat..cuma nampak kelibat Koh Tsu Koon saja..itupun kerana mendapat 'hadiah' dr Najib..
Oleh itu...amat wajarlah Rohaizat menjadi 'jujur' kali ini dengan mengakui kelemahan yg dimiliki oleh UBN...jika Rohaizat memilih utk 'jujur' sebelum ini dengan isu 'duit koperasi' dan 'bini no2'..agaknya jika kalah sekalipun sudah tentu beliau tidak keseorangan...