Tuesday, August 4, 2009

Aku dan Doktor Gigi


Klinik Pergigian Kamal
No 4 Jalan Pandan Indah
09600 Lunas Kedah
Tel ; 04-4844836
Hari nie sesudah sampai kat kilang mmg aku ada pasang niat nak p klinik gigi...nk cabut gigi..
Namun setelah hampir 2 jam di tpt keje ...aku mula membatalkan niat nk pegi cabut gigi..yer la..xsakit dah..
semalam terbang duit aku beli ubat tahan sakit n ubt titik....mana xnya..sedap2 dok makan nasi kandar pelita..tetiba ja..sakit gigi..sampai xbole tahan..terus aku ke farmasi yg selang dua kedai sahaja..
Bila tiba waktu rehat pagi..seeprti biasa aku bersarapan la dgn kawan2..tetiba ja kesakitan gigi yg menyerang semalam melanda lagi..adoiii....mula la otak aku berfikir nak ke klinik gigi balik...rasa macam nak cabut time tue juga..
Setelah selesai sarapan sambil berdengung sakit gigi..terus aku jumpa dng bos..minta kuar p klinik n terus cabut gigi...sebelum pegi aku ada la tanya kawan2 klinik mana bagus..so ada yg mengesyorkan pegi kat klinik Kamal...bagus katanya...
Aku pun terus pegi ke sana dengan harapan agar kesakitan gigi gerham nie dapat disettlekan secepat mungkin..dalam fikiran aku bagus juga jumpa dengan doktor lelaki nie..cepat skit dia cabut gigi aku dengan tenaga jantanya..dibuatnya kalau pompuan.mmg merana la aku menahan sakit gigi yg mcm xmau dicabut..yer la kederat pompuan..bole juga diragui..huhuhuhu..
Setibanya aku kat sana....ramai gak pesakit yg sedang menunggu..aiii..hari keje biasa pon ramai org gak..ada la dekat 15 org...aku sampai sana lebih kurang 11am...
Selepas check in(pendaftaran)....aku layan ja AF5 yg terpasang kat tv yg sedia ada di klinik tue..yer la...bole gak menghilangkan kebosanan menunggu serta meredakan skit gemuruh dihati nie.berdebar gak oooo jumpa doktor gigi..aku dah ada "bad history" time cabut gigi nie...
Lama betul aku menunggu..sampai 1 jam setengah..aku masuk jumpa doktor lebih kurang pukul 120pm..
Masuk saja dlm bilik "bedah"..aku disuruh duduk diatas kerusi "bedah"..time tue..dah dup dap dup dap jantung aku berlari kencang....
Dalam masa yg sama ..aku kehairanan ...kata doktor kamal.ini kenapa lak pompuan nie...ada seorang pompuan yg sedang melayan aku..dia tanya ada sakit darah tinggi ka..jantung ka.atau alah apa-apa..aku kata xda...
Sempat lagi masa tue aku mencelah..."saya dah lama xcabut gigi nie..ini gigi gerham nie nak cabut nie.."kata aku utk nak memberitahu kepadanya mungkin terpaksa guna tenaga yg lebih utk cabut...dia hanya berkata.."oooo..xpa...sekejap ja..."..aku terkedu mendengar jawapanya..maybe dia dah berpengalaman kot...
Aku baring ja atas kerusi bedah tue..xlama kemudian datang seorang doktor..."hmmm lelaki rupanya..yg tadi tue pembantu dia..."kata hati aku ..lega skit rasanya..
Doktor bertanya lagi .."ada sakit darah tinggi,jantung,atau alah dengan apa-apa"..aku berkata tidak....
"bila kali terakhir cabut gigi..."tanya doktor lagi..
"10 tahun dulu.."aku memberikan jawapan..mmg benar pon 10 tahun dulu..itulah kali terakhir cabut gigi..gigi gerham jugak..
Doktor pon memulakan tugasnya...dicucuknya gusi aku dengan jarum injection yg mengandungi ubat bius...sakit skit ja..pastue rasa kebas..........
Doktor membiarkan aku dlm keadaan bius lebih kurang hampir 5 minit...namun aku masih berdebar..yer la..aku rasa macam ubat bius nie mcm dah kurang..adoooiii..la..dlm palahotakj aku dok pikir bukan2 dah nie...
Kemudian doktor datang dengan "playar"nya...dicengkamnya gigi gerham rosak aku tue...aku terus keras..habis satu badan keras..sengaja aku keras utk menghadapi saat-saat gigi dicabut..
Datang pula pembantunya..."jangan buat keras...relax...bagi lembut badan...bagi lembut tengkuk.."dia memberi arahan..aku akur..aku lembutkan semuanya..
"Kaki tue awat yg terangkat...bagi lembut..."..aku menjeling melihat kaki aku..mmg terangkat pon...keras..aku lembutkan juga...
Tup tup...aku rasakan macam ada yg patah didalam mulut aku..kemudian aku dengar doktor memberi arahan suruh gigit kapas..
aku akur dan terus gigit kapas..
"Ok dah siap"..kata doktor..
Aku blur sekejap.."haaa..dah abis ka.."kata aku dlm hati..
"ini gigi encik.." pembantu doktor memberitahu aku gigi yg aku minta utk nak bawak balik..
"Dah abis ka nie.." aku bertanya lagi kat pembantu doktor..
"Ya..dah siap..encik boleh balik sekarang"...
Keluar sahaja dari pintu bilik bedah..baru aku terfikir..bila dia cabut gigi aku..xrasa apa pon..xsakit pon....aku heran betoi..mmg cukup seronok campur hairan..rupanya xsakit pon cabut gigi..gigi gerham lak tue...
Perghh..terima kasih doktor Kamal...mmg best la ....
Sebenarnya 10 tahun lepas aku ada cabut gigi kat klinik swasta jugak..tapi mak ai..punya la sakit walaupon dah dibius..doktor tue cabut ,macam nak tarik paku yg terbenam didalam kayu..punya la siksa..habis rabak gusi aku..3 hari aku kesakitan gusi..
Tapi sehingga aku dok tulis cerita aku dan doktor gigi nie..aku langsung xmerasa kesakitan..
Aku bangga..ada juga Doktor Gigi Melayu/Islam yg hebat sebegini kat Kedah/Malaysia..harap-harap aku akan berjumpa lagi dengan doktor ini...walaupun jarak rumah aku dengan kliniknya 50 km ....sp - lunas...
TERIMA KASIH DOKTOR KAMAL

1 comment:

Anonymous said...

Untuk pengetahuan saudara, pencabutan gigi bukan bergantung pd tenaga tapi lebih kepada teknik.Kalau mgunakan tenaga bererti kaum pempuan tak leh jadi dr gigi le.Sekarang dah moden,cabut gigi dah tak sakit lagi kalau cara dan tekniknya betul. Harap saudara tak takut pada dentist lagi ye. Good luck

Dr gigi cheras

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009