Sunday, August 30, 2009

Bendera 1Malaysia terkoyak dicarik Kepala Lembu...


Kat bawah nie gua himpunkan beberapa petikan dan kenyataan dari individu/blog/website utk mencari tangan2 yg mengoyakan dan mencarikan Bendera 1Malaysia...

KEPALA LEMBU; PENERUSAN AGENDA UTUSAN MALAYSIA( malaysianinsider)
- Dr Dzulkifli Ahmad AJK PAS Pusat.
"mereka hanya menyambung apa yang telah disiar dan ditulis dalam akhbar mereka sahaja.Sejak kebelakangan ini, akhbar berkenaan banyak menyiarkan tulisan yang disifatkan sebagai bersifat perkauman dan dilihat cuba membangkitkan semangat Melayu.
Antaranya tulisan bertajuk "Sedarlahh wahai Melayu" dan sebagainya. Penulis akhbar itu membayangkan seolah-olah Melayu dalam tertekan. Padahal, bagi kebanyakan pemimpin Pakatan, bukan Melayu yang tertekan tetapi Umno."
usinkata; ingat Utusan Malaysia ditukar nama saja jadi Utusan Umno..itu baru betoi..


Kerajaan Selangor Kutuk Bantahan Provokatif Lokasi Kuil (Bernama)
-Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,

"Kami mengutuk insiden dan tindakan keji itu kerana ia telah menyebabkan seluruh negara mundur ke belakang di sebalik segala usaha ke arah menghormati satu sama lain dalam kalangan pelbagai kaum dan agama. Sesungguhnya ia suatu tindakan menyedihkan kerana sikap tidak bertolak ansur terhadap agama lain masih wujud di kalangan rakyat Malaysia."

usinkata; UMNO nie kan dah masuk usia "emas"..sbb tue la tatacara mcm zaman 50an..gerombolan2 nie dh susah nak lentoq..

MS3M (TEAM PERAK EXSPRESS;)

Jeng…. jeng… jeng …. yang terkini dan sedang hot ialah isu kepala lembu, satu provokasi murahan yang cuba menimbulkan kemarahan kaum India yang beragama Hindu. Isu ini ada kaitan dengan penempatan semula sebuah kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam. Dalam kes ini nampak sangat PDRM juga seperti lembu yang kena cucuk hidung. Berlaku depan mata kepala sendiri tetapi buat tak tahu saja…. malah membiarkan kejadian itu berlaku. Apabila cerita tersebar dan bantahan dibuat….. Najib terpaksa campur tangan. Aha…. hidung dah kena tarik…… barulah polis bersuara dan memberi amaran. Alahai….. kesian aku pada Najib, terpaksa tarik hidung pihak itu….. pihak ini untuk menyelamatkan keadaan yang boleh menjejaskan imej BN dan dia sendiri…. serta slogan Satu Malaysianya.

usinkata; betoi2...maka tercariklah bendera 1Malaysia...jgn silap kibar bendera Mongolia sudah..huhuhu


PM kesal, arah IGP bertindak segera (malaysiakini)
-Dr S Subramaniam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan tindakan penduduk mengarak kepala lembu sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.Beliau yang juga setiausaha agung MIC memberitahu Malaysiakini bahawa Najib telah menyuarakan kekesalannya itu apabila beliau menghubungi perdana menteri untuk melaporkan kejadian tersebut.Subramaniam berkata perdana menteri teramat kesal dan berjanji perkara itu akan disiasat secara terperinci."Kira-kira 15 minit kemudian, perdana menteri menelefon balik dan berkata beliau telah bercakap dengan Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan) dan mengarahkan beliau mengambil tindakan segera," tambahnya.

usinkata; anee!!!..you sudah kena kincing laaa sama itu Najib..dia sudah tau apa.. depan you buat2 terkejut dan kesal konon ..itu suma wayang buat you saja....hahahha


Jangan cetus pertelingkahan(utusan meloya)
-Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Pihak polis telah diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang sengaja mencetuskan pertelingkahan kaum tanpa mengira sesiapa termasuk 200 penduduk Islam yang berarak membawa kepala lembu bagi membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam .
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan seumpama itu terpaksa diambil kerana keutamaan kerajaan ketika ini adalah keselamatan rakyat serta keamanan negara.

usinkata; betoi ka 200 org..50 org ja kot...nk tipu lagi..kenapa PEWARIS xajak sama Pendekar Kain Batik nie...


Polis mohon maaf, janji bertindak pantas (Malaysiakini)

Pihak polis telah memohon maaf kerana tidak mengambil tindakan pantas sewaktu berlakunya protes dan perarakan kepala lembu sebagai membantah cadangan pindahan kuil Hindu di Shah Alam semalam, kata exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jeyakumar.Katanya,

Ketua Polis Daerah Shah Alam Noor Azam Jamaluddin menyuarakan perkara itu kepada beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu pertemuan pagi ini.Menurutnya, Noor Azam menjelaskan bahawa pegawai yang ditugaskan di tempat kejadian adalah seorang pegawai junior.

"Jadi Noor Azam telah memberi jaminan bahawa tindakan akan diambil segera terhadap mereka yang bertanggungjawab (menganjurkan protes dan perarakan tersebut)," kata Jeyakumar yang bertanggungjawab menjaga halewhal bukan Islam di Selangor.

usinkata; maaf xcukup la...ini kes berat..boleh cetus api perkauman dan agama...patut dikenakan tindakan keras...mana dia Musa Hassan..suruh dia undur sekarang dari jawatanya...memalukan


PERSOALAN KUIL SEKSYEN 19 DAN TINDAKAN PEWARIS
-YB Shah Alam Khalid Samad

Saya mendapat maklumat dari seorang penduduk Melayu Seksyen 19 bahawa ada sekumpulan Melayu telah datang untuk menimbulkan ketegangan di kuil tersebut.Selepas mesyuarat berkenaan saya bergegas ke sana dan mendapati sekumpulan orang, kebanyakan mereka orang luar, berkumpul berhampiran kuil tersebut. Mereka ingin membina ‘gelanggang silat’ di tepi kuil dan akan mengadakan kenduri untuk merasmikan pembukaan gelanggang tersebut pada hari Sabtu 10hb ini. Untuk kenduri itu mereka akan tumbangkan 2 ekor lembu! Seterusnya mereka akan menjamu penduduk dan orang ramai di depan kuil berkenaan. Gelanggang mereka akan dibina tanpa membuat apa-apa permohonan kepada phak berkuasa kerana kata mereka, kuil tersebut juga tidak mendapat kebenaran!
Orang yang mengetuai kumpulan tersebut datangnya dari Melaka! Dia menyatakan dia ‘mewakili rakyat’ dan tindakan ini terpaksa mereka ambil melalui persatuan NGO mereka yang bernama ‘PEWARIS’ kerana kerajaan PR masih berhoneymoon. Dia berkata penduduk sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan dan oleh itu penduduk memanggil mereka turun. Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan.

Saya pun menyatakan bahawa saya tahu Pewaris dan Pekida adalah NGO yang adik beradik. Penaung Pekida adalah PM maka semestinya begitu juga Pewaris. Kedua-dua NGO ini dikuasai oleh ahli UMNO.

usinkata; PEWARIS UMNO sebenarnya NGO nie...kesian kat lembu yg disembelih tue..sudah la diarak merata tempat...tup2 dikorek pula otaknyautk digunapakai..sapa pakai...geng2 PEWARIS nie la..tindakan gerombolan nie xubah seperti berfikiran macam lembu yg mmg sah berotak lembu...buat malu Melayu/Islam saja..

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009