Sunday, August 23, 2009

Lunas;Rela dikenang "Pengkianat" dari dikenang "Pejuang"



Sebenarnya sudah reda kemarahan yg membuak-buak akibat dari tindakan Adun Lunas mengumumkan keluar parti PKR dan seterusnya menjadi Adun Bebas.Dihati ini sudah tiada lagi kesan amarah terhadap beliau..mungkin hikmah bulan Ramadhan ini..

Sekarang apa yg sedang menjadi persoalan dihati..timbul rasa kasihan dan kesayuan apabila mengenang tindakan Adun Lunas yg dijangka akan melemaskan dirinya sendiri...


Pelbagai teori yg menjelma utk menjelaskan apa sebenarnya yg sedang berlaku dan apakah puncanya....


Apabila mencantum-cantum pelbagai teori yg menjelma..maka amat mudah utk dilafazkan bahawa 'tindakan beliau ini umpama lari dari singa betina terjumpa pula dengan sang naga"...


Semestinya Adun Lunas ini sudah dapat merenung dan merasai kesan dari tindakan beliau ini...


Dan kini beliau sudah hilang segala-galanya.....kesian...inilah dugaan yg beliau hadapi sebagai ujian dari-NYA...


Beliau kini diambang kehilangan jawatan Exco...sesudah kehilangan maruah sebagai YB Pakatan Rakyat yg disanjung-sanjung sehingga melayakannya tercalon sebagai Exco...


Kecermelanganya lenyap begitu sahaja takala sedang meniti tempoh keemasan bersama Kerajaan Negeri Kedah yg diterajui oleh YB Ustz Azizan...


Dihampir usia emas ini...beliau memilih utk dikenang sebagai 'pengkianat' dari dikenang sebagai 'pejuang' Pakatan Rakyat..


Adalah lebih baik jika beliau mengambil keputusan seperti bekas Adun Bukit Selambau yg meletak jawatan...sudah tentu situasi yg beliau hadapi berlainan sekali...mungkin akan hadir sang juara utk menumpaskan sang naga yg beliau temui selepas lari dr sang singa betina....

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009