Wednesday, August 5, 2009

The Killer Mr Baby's' Flu; Tambah 1 lagi jadi 13 org dah..


05 Ogos, 2009 23:32 PM
Pahang Catat Korban Pertama H1N1

KUANTAN, 5 Ogos (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun menjadi korban pertama jangkitan influenza A (H1N1) di Pahang, menjadikan jumlah kematian akibat pandemik itu di Malaysia kepada 13 setakat ini.Kanak-kanak berkenaan, Mohd Hyafiq Aiman Mohd Saiful Afendi meninggal di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, tengah hari tadi.Ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai "Tia" berkata anaknya itu yang sebelum ini bersekolah di Tadika Perpaduan Taman Bukit Setongkol, dimasukkan ke hospital berkenaan pada 1 Ogos lepas setelah mengalami demam dan mengadu sakit perut.Katanya anak tunggalnya itu yang dikuarantin di HTAA sejak 1 Ogos disahkan meninggal dunia 12.40 tengah hari tadi selepas mengalami radang paru-paru."Sepanjang tempoh kuarantin itu, saya tidak dibenarkan untuk berjumpa anak saya sehinggalah dimaklumkan dia sudah meninggal tengah hari tadi," katanya sebak ketika ditemui di rumahnya di Bukit Setongkol, dekat sini.Jenazah anaknya itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Ubi pada 5.30 petang tadi, bersebelahan pusara ayahnya.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Pahang Datuk Hoh Khai Mun ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu tetapi tidak mahu mengulas lanjut.

1 comment:

Tuk Kiyai said...

Itulah bala Allah kerana bertuankan pemimpin zalim. Orang agama pula sekadar melihat kezaliman yang berlaku....
Kembalilah kepada Islam....

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009