Sunday, August 30, 2009

Kedah kehilanganmu 6 bulan..


Berehat 6 bulan...gagal utk membantu Kedah mempertahankan Piala Malaysia 2009

TATKALA rakan sepasukannya sudah berada di Asia Barat bagi kunjungan persahabatan sebagai persiapan ke Sukan Sea, Mohd Khyril Muhymeen Zambri (gambar) hanya mampu melihat dari jauh dengan dirinya tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu mereka dalam misi menamatkan kemarau emas di temasya itu, Disember nanti. Tonggak sayap skuad K Rajagobal itu hanya mampu tabah menghadapi hakikat dirinya tidak akan berada dalam kumpulan pemain ke Laos selepas doktor mengesahkan pemain berusia 22 tahun itu memerlukan enam bulan untuk pulih daripada kecederaan otot kartilaj lutut yang dialami ketika menentang Kenya dalam perlawanan persahabatan, 12 Ogos lalu.


Khyrill terpaksa diusung keluar selepas terbabit dalam pertembungan dengan pemain Kenya pada lewat perlawanan, seterusnya diketepikan bagi perlawanan menentang China tiga hari selepas itu. Namun pemeriksaan perubatan baru-baru ini mendapati tahap kecederaannya begitu serius sehinggakan bukan saja terpaksa melupakan dua perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi, hari ini dan Selasa depan serta Jordan pada 5 September tetapi juga sepak mula Sukan Sea, 5 Disember depan. “Kecederaan yang saya alami adalah ‘torn meniscus’ dan memerlukan saya menjalani pembedahan minggu depan.


“Doktor menasihati saya untuk berehat selama enam bulan. Ini bermakna saya tidak dapat beraksi pada Sukan Sea nanti,” katanya. Kecederaan ini juga bermakna jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah juga terpaksa melupakan khidmat pemain kelahiran Alor Setar itu bagi menghadapi kempen Piala Malaysia yang bermula pada 26 September ini.

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009