Tuesday, August 18, 2009

Terkenang semasa dulu....


PASUKAN veteran Kedah meraikan kejayaan merangkul Piala Sultan Kedah selepas menewaskan Kuala Lumpur di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin.
usinkata; aku masa 1987,88,89 baru saja berusia 8 tahun....dan mmg perit betul masa tue bila Kedah kalah ngan KL...masa tue la aku br berjinak-jinak dengan bola sepak..nostalgia betul bila terkenang kembali kisah lama...
DENDAM berbalas.

Kedah yang kecundang tiga kali berturut-turut kepada Kuala Lumpur pada saingan akhir Piala Malaysia pada 1987, 1988, 1989 akhirnya berjaya menewaskan skuad ibu kota itu malam kelmarin.
Itupun setelah 20 tahun dan rata- rata pemain sudah bergelar veteran dengan usia sekitar 40-an.
Kemenangan itu dicapai pada perlawanan Nostalgia Akhir Piala Malay- sia merebut Piala Sultan Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Kejayaan 7-6 veteran Kedah digapai menerusi penentuan sepakan penalti setelah seri 3-3 selepas tamat masa perlawanan sebenar.
Pada tiga final itu, Kedah tewas 0-1 (1987), 0-3 (1988) dan 1-2 (1989).
Veteran Kedah yang diketuai Radhi Mat Din terlebih dahulu menggegar gawang veteran Kuala Lumpur pada minit kedua menerusi Mohd. Farouk Ismail setelah penjaga gol lawan M. Pavalamani gagal menampan hantaran silang Tan Cheng Hoe.
Kedah menguasai saingan dengan hantaran serta serangan pantas ke pintu gol pelawat dan pada minit ketujuh, mereka sekali lagi menembusi gawang Kuala Lumpur menerusi Hussein Jaafar.
Walaupun ketinggalan dua gol, Kuala Lumpur bangkit dan menemui sasaran menerusi sentuhan Fandi Ahmad pada minit ke-16 yang membuat hantaran satu dua dengan Shahrin Majid.
Ternyata sentuhan Fandi masih berbisa dan dia sekali lagi menggegar gawang tuan rumah pada minit ke-26 untuk menjadikan kedudukan 2-2.
Skuad Hijau Kuning tidak berputus asa dan hasilnya pada minit-minit akhir babak kedua, Hussein tampil menyambar bola yang terlepas dari- pada dakapan Pavalamani.
Pada babak kedua lebih 2,000 penonton tuan rumah dikejutkan dengan gol awal Kuala Lumpur menerusi jari- ngan Shahrin pada minit ke-42.
Selepas gol tersebut kedua-dua pasukan memperlahankan rentak permainan dengan bola banyak berlegar di tengah padang.
Pada penentuan penalti Fandi gagal meneruskan sentuhan cemerlangnya apabila sepakannya ditampan Ahmad Sobri dan rentak kekala- han Kuala Lumpur disahkan Ghani Malek yang gagal menyempurnakan sepakan kelima.
Sebelum itu tiga sepakan penalti Kuala Lumpur disempurnakan K. Gunalan, Amirudin Ahmad dan Azlan Meri manakala empat sepakan Kedah pula disempurnakan oleh Khatul Anuar Abdul Hamid, Mohd. Nizam Adz- har Yusuff, Cheng Hoe dan Manja Man.
Hadiah disampaikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009