Sunday, August 2, 2009

Patutla...geng gerombolan rupanya...

hari ini aku baca satu artikel dr kedahlanie.blogspot yg bertajuk Berita dari sebelah sana;Mengganggu ketenteraman Awam...ditulis oleh blogger anginperubahan.blogspot.com

dia kata;

Perhatikan bagaimana laporan media asing terhadap Malaysia berkaitan himpunan ISA (baca sini). "We gather today to fight a cruel law under a cruel administration" berikut kenyataan Anwar Ibrahim kepada wartawan BBC yang bernama Robin Brant. Sempat lagi seorang wartawan asing mencari dan menemubual Anwar Ibrahim di tengah-tengah 15,000 orang yang sedang berdemo. Dalam laporan BBC, hanya kenyataan Anwar yang ditonjolkan. Apakah ianya kebetulan atau dirancang secara bersama?

Saya terus merujuk web BBC dan menonton video yg terdapat didalamnya..
Namun saya langsung xmenjumpai temubual Robin Brant dengan anwar ditengah-tengah 15,000(utusan kata 5000) org yg sedang berdemo.

Dari rasa saya Robin Brant ini mendapat sumber berita semasa sidang media yg dilakukan oleh anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat yg lain di Pejabat PAS di Kuala Lumpur selepas berdemo dijalanraya.

Apakah niat sebenar bloger ini...sy juga merujuk pada blognya...laaaa patut pon..geng gerombolan ...buang masa saja saya layan blog dia...

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009