Tuesday, August 18, 2009
Sejarah "Legam" di PRK Permatang Pasir buat UMNO
"semakin hampir wajah UMNO akan sebegini.."
Sekali lagi saya 'mengharap' dan 'mengimpikan' sejarah baru bakal tercipta dan ianya bakal menjadi detik paling 'legam' buat UMNO selepas peristiwa pengharaman UMNO pada tahun 1987(kalau xsilap saya)..dan kini setiap detik dan saat saya sering mendambakan peristiwa UMNO Hilang Deposit PRK PP yg bakal menjadi 'momok' sepanjang pemerintahan Najib sbg PM negara hinggalah berakhirnya PRU ke 13 nanti...
Sekali lagi 'mimpi' saya ini ditambah 'tonik' baru pada hari ini...berikutan laporan dr Malaysiakini semestinya membuatkan semua pemimpin UMNO sudah boleh mengira dan menduga 'bencana' apa pula bakal menimpa UMNO khususnya UMNO Pulau Pinang..
"kira-kira 65 peratus ketua Umno cawangan serta ketua Pemuda cawangan di DUN tersebut dikatakan berkumpul di sebuah kedai makan, kerana tidak puas hati dengan pemilihan Rohaizat."- malaysiakini
Nampaknya sudah sumbang langkah Zahid Hamidi kali ini..buahnya xmenjadi..bunganya sudah xmau kembang...mengharap ianya akan dibantu oleh TPM...namun rasanya bantuan dari TPM bakal terbantut akibat dr keceluparan Utusan Meloya yg lebih sudu dari kuah sehingga sekali lagi bakal berdepan dengan 'saman' dr TGNA akibat putar belit kenyataan yg terpampang didada akhbarnya dan dibaca oleh pembelinya...
Saya berharap kali ini saman yg akan dibuat oleh TGNA mestilah menuju tepat kepada wartawan/editor akhbar tersebut..rakyat 'pekak' seperti saya ini ingin benar melihat wajah sebenar wartawan/editor yg memutar belitkan kenyataan TGNA itu...bukan hanya mahu dipaparkan dimuka hadapan dengan ruang sekecil mungkin permohonan maaf kepada TGNA...tapi mestilah disertakan muka wartawan/editornya sekali...
Resepi UMNO Hilang Deposit PRK PP ditambahlagi dengan perasa 'ajinomoto' RM140,000 duit Koperasi Pekebun Getah...dan ditambah lagi dengan tuduhan salah dari Koperasi Pekebun Getah ini ditujukan kepada Rohaizat dan bukan kepada rakan dari syarikat guaman mereka sebagai kicap perasa udang...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment