Sunday, August 2, 2009

Mangsa ke 5 The Baby's' Flu di Malaysia...


02 Ogos, 2009 01:56 AM
Kanak-Kanak Perempuan Berusia 10 Tahun, Mangsa Korban Kelima Virus A(H1N1)

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Bagan Serai, Perak, menjadi mangsa kelima meninggal dunia akibat jangkitan virus influenza A(H1N1) di negara ini.Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata keputusan bedah siasat ke atas mangsa yang meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bagan Serai pada pukul 5.30 pagi semalam disahkan positif virus A(H1N1).Katanya ujian sampel kahak yang diambil semasa bedah siasat itu telah disahkan positif oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)."Mengikut maklumat yang diperolehi, kanak-kanak ini telah mula sakit pada 27 Julai tetapi tidak demam dan tidak mempunyai sebarang gejala jangkitan pernafasan semasa mendapatkan rawatan sebgai pesakit luar di sebuah klinik swasta," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, malam ini.Dr Mohd Ismail berkata kanak-kanak itu mengadu sesak nafas pada malam 28 Julai lalu dan mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Bagan Serai pada hari berikutnya.Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan yang dibuat menunjukkan keadaan kanak-kanak itu stabil, tidak sesak nafas, tiada cyanosis dan diberikan rawatan sebagai pesakit luar dengan antibiotik dan ubat batuk.Katanya pesakit tersebut kembali semula ke klinik berkenaan semalam dan semasa pemeriksaan pada pukul 5 pagi, mangsa mengalami sesak nafas, deman dengan suhu 39 darjah Celcius dan cyanosis sebelum tiba-tiba tidak sedar sebelum meninggal dunia 30 minit kemudian.Dr Mohd Ismail berkata bedah siasat yang dilakukan di Hospital Alor Setar semalam mendapati mangsa mempunyai tanda-tanda radang paru-paru teruk.Katanya, semua ahli keluarga terdekat telah membuat pemeriksaan di mana kedua-dua ibu bapa mangsa adalah sihat sementara lima beradik mengalami jangkitan pernafasan atas yang ringan dan berada dalam keadaan stabil.

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009