Wednesday, August 19, 2009

Ahmad Shakir & Bunyamin...kami menantimu...

19 Ogos, 2009 21:34 PM
Kedah Tagih Khidmat Shakir, Bunyamin Bagi Pertahan Piala Malaysia

ALOR SETAR, 19 Ogos (Bernama)-- Juara bertahan Piala Malaysia, Kedah sedang berusaha mendapatkan khidmat dua pemain yang pernah mewakili pasukan itu iaitu Ahmad Shakir Mohd Ali dan Mohd Bunyamin Omar bagi menghadapi saingan Piala Malaysia yang akan bermula penghujung bulan depan.Ketua jurulatihnya Mohd Azraai Khor Abdullah berkata rundingan bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang dilakukan agar dua pemain itu dapat menyarung jersi Hijau Kuning."Kedah masih menunggu jawapan daripada FAM berhubung status Shakir,", katanya.

Mohd Azraai berkata kehadiran semula kedua-dua pemain itu sudah pasti akan memberi kekuatan baru kepada pasukan Kedah memandangkan mereka telah beraksi cemerlang untuk pasukan masing-masing ketika saingan Liga Super dan Liga Perdana musim ini.Ahmad Shakir merupakan penyerang skuad Harimau Muda yang muncul juara Liga Perdana musim ini, manakala Bunyamin pula bermain untuk pasukan UPB-MyTeam yang tidak akan beraksi untuk Piala Malaysia.


Mengenai khidmat Bunyamin pula, Azraai berkata perkara itu juga sedang diusahakan kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan termasuklah soal tempat pengajiannya."Kita sedang cuba untuk menukarkan Bunyamin yang sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Universiti Utara Malaysia (UUM). Jika semuanya berjalan lancar, harapan untuk mendapatkan khidmatnya adalah cerah," katanya.Mohd Azraai ditemui selepas perlawanan persahabatan antara pasukan Kedah menentang Kelab Fourway Rangers dari Hong Kong di Stadium Darul Aman di sini petang tadi yang menyaksikan tuan rumah mencatat kemenangan tipis 2-1.

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009