Sunday, August 23, 2009

Lunas; Lompatan dan terjunan 'bodoh' melemaskan diri sendiri..


hari ini saya merasa lapang dada dan ringan kepala setelah umum keluar PKR.- a new born Lunas frog..
Petikan laporan Malaysiakini;-

Manakala petugas PAS dari Permatang Bertam, Kepala Batas, Zakaria Abdul Rahman pula berkata, tindakan ADUN Lunas merupakan "satu tindakan bodoh".

Beliau mendakwa tindakan Mohd Radzhi ini sebahagian percaturan dan permainan politik Umno yang berniat untuk menggugat kerjasama dalam Pakatan Rakyat di Kedah.

"Pada pilihan raya umum yang akan datang, adakah BN akan ambil dia menjadi calon? Macam ADUN di Perak, Umno tidak akan ambil meraka menjadi calon, BN akan letak calon lain. Sebab itu saya katakan, tindakan dia itu tindakan bodoh," katanya.

"Kalau dia dipilih menjadi calon sekalipun, belum tentu dia mendapat sokongan daripada pengundi. "Kalau yang keluar daripada kerajaan Kedah lima atau enam (wakil rakyat PKR) orang, boleh menggugatkan kerajaan negeri, ini keluar seorang, ia tidak memberi kesan," katanya.

Tambahnya, tindakan itu dijangkakan tidak akan menjejaskan sokongan pengundi di Permatang Pasir kerana kawasan ini mempunyai pengundi setia PAS dan Pakatan Rakyat.

Sementara itu petugas PAS dari Kemaman, Sheikh Faisal Ayaman berkata kejadian lompat parti ini baginya "perkara biasa dalam perjuangan". "Ia tidak memberi kesan langsung kepada (jumlah) undi di Permatang Pasir," katanya. Sheikh Faisal menyifatkan tindakan ADUN Lunas bertukar wakil rakyat bebas sebagai permainan Umno semata-mata untuk menggugat kerajaan Kedah tetapi tindakan Mohd Razdhi itu tidak berjaya melemahkan jentera parti.

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009