"Dulu saya mmg peguam..tapi sekarang tidak lagi..dah 2 tahun dah xamal.."
Setelah diumumkan oleh UMNO bahawa cik Rohaizat sebagai calon UMNO didalam PRK Permatang Pasir..sudah dengar2 cerita beliau ini disenaraihitamkan oleh Majlis Peguam...
Aku langsung xmau amik 'pot' berkenaan isu 'blacklist' ini..aku langsung xcari pon sumber2 yg mendakwa beliau sudah "blacklist"...bukan hapa..saja ja..saja ja nak tunggu apa reaksi dr UMNO sendiri..
Hari ini segala-galanya sudah jelas dan terjawab..mmg mamat nie sudah blacklist..dn UMNO sendiri sudah mengaku..Zahid Hamidi sendiri mengakuinya...dengan kenyataanya;
"Rohaizat Othman layak bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir walaupun lesen guaman sivil dibatalkan oleh Majlis Peguam Malaysia"
Zahid sendiri mengesahkan bahawa punca "calonnya" itu "diblacklistkan" oleh Majlis Peguam kerana " masalah yang ditimbulkan oleh bekas rakan kongsi firma."
Bagi aku ..inilah masalah yg sudah lama subur dalam UMNO...pepecahan dan perebutan kuasa..baik diperingkat cawangan dan juga Bahagian..so..utk PRK PP ni datang la Zahid Hamidi nak cuba jadi "Hero Perpaduan" bagi menyatukan kembali UMNO yg sudah parah dan nazak di Pulau Pinang umumnya dan Permatang Pasir khususnya..
Oleh itu dengan kedatangan "Hero Perpaduan Umno/BN"di PP ini sudah tentu perubahan baru yg cuba ditonjolkan olehnya..
Seingat aku..langkah pertama dibuat oleh "Hero Perpaduan" dengan mengeluarkan kenyataan akan menampilkan 3 tokoh usang dan kerepot utk membantu kempen di PRK PP...
Utk menyenangkan kesemua pihak didalam UMNO..dicarinya seorang calon yg dirasakan mampu memuaskan hati semua pihak..dapatlah mamat Rohaizat ini..
Namun begitu..langkah-langkah dan usaha utk menyatukan UMNO PP khususnya terbantut akibat timbulnya cerita calon yg dipilihnya 'blacklist' ...dan hari nie sudah nyata mmg calonnya 'list-hitam'..
Adakah sudah ada yg berani mengingkari arahan Zahid Hamidi bahawa sesiapa yg cuba melakukan sabotaj pada PRK PP nie akan di pecat dari UMNO..?
Aku rasa mmg ada dikalangan org UMNO sendiri yg memulakan desas desus dan akhirnya menjadi nyata iaitu calon UMNO seorang 'list-hitam'..
Kekadang pelik juga difikirkan mengapa begitu lemah dan lembab utk UMNO mencari calon yg sesuai dan berkelayakan..bila dah terbongkar rahsia barulah dirujuk kepada Penasihat Undang-Undang UMNO samada calon ini layak ka xlayak..
Sudah tentu Penasihat Undang-Undang UMNO akan kata "layak"..xkan nak bagi malu muka Zahid Hamidi...TPM..hatta Najib sendiri..mahupun Rohaizat juga..mana nak letak muka kalau ditarik balik "pencalonannya" itu sebelum hari pencalonan yg sebenar...
Penasihat Undang-Undang UMNO juga sekarang ini sedang 'bersilat' utk menyediakan kenyataan demi kenyataan yg akan digunakan oleh Rohaizat dan juga beliau sendiri utk mempertahankan tindakan UMNO melantik Rohaizat sebagai calon..
Rohaizat kata .."Saya sedia berhadapan dengan tanggapan negatif pembangkang dan akan menjawab apabila tiba masanya. Bagaimanapun pada masa ini saya serahkan pada Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Hafarizam Harun menjelaskannya,"
Kini amat malang bagi beliau..umum sudah boleh memberikan lebel ini kepada beliau..
"Calon UMNO/BN Tangkap Muat saja.."
No comments:
Post a Comment