PARA pemandu teksi berbual-bual sementara menunggu giliran di Puspakom Desa Tun Razak, Cheras semalam. -Kosmo
KUALA LUMPUR - Pengumuman kadar baru tambang teksi baru-baru ini membuatkan semua pemandu teksi tersenyum lebar dan menarik nafas lega.
Namun itu semua tidak bertahan lama kerana selepas 'bertarung' berjam-jam untuk melaraskan meter di syarikat pembekal meter, kini pemandu teksi berdepan pula dengan kesesakan di beberapa cawangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk mendapatkan kelulusan meter.
Meskipun Puspakom dalam kenyataan baru-baru ini memaklumkan kapasiti pemeriksaan harian mampu menampung 1,200 buah teksi tetapi itu tidak berlaku.
Kosmo! dimaklumkan oleh pemandu teksi yang menunggu giliran, Puspakom Cheras hanya membuka operasi pemeriksaan meter selama tiga jam dan menetapkan 40 buah teksi untuk diperiksa.
Ekoran keputusan itu, Puspakom dibanjiri ratusan teksi untuk mendapatkan giliran seawal pukul 6.30 pagi sedangkan pemeriksaan hanya bermula pada pukul 6 petang dan berakhir pada pukul 9 malam.

usinkata; Ingatlagi tak cerita teksi nie...emm..hampir tepat ramalan gua...inilah realitinya...membuat sesuatu perkara tanpa membuat penelitian ...inilah akibatnya cuba mencari popular membabi buta...sesungguhnya..ruang melakukan amalan rasuah kini ruangnya semakin melebar..semakin besar..
Kepada encik-encik "ES'P'AR'EM"...gua ingat baik lu and the geng p kat Puspakom n "berbilik" kat sana..ikan bilis kat sana senangya dah tangkap...xperlu pon nak terjun bangunan..huh!!!
No comments:
Post a Comment