Media Rakyat
Aug 29th, 2009
Mat Saman Kati, ( Perak Exspress )
Dah lama aku nak tulis tentang “media baru” ini, dan dah banyak kali aku cakap tentang benda ini, tapi masih ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang masih belum nampak.
Masih ramai pemimpin PR masih merasakan media internet tidak memberi kesan terhadap pengundi. “Internet penetration” masih rendah dikalangan rakyat. Itu kata mereka.
Ramai blogger-blogger pro-Umno ingat, kami blogger-blogger yang menyokong Pakatan Rakyat di bayar oleh Pas, PKR atau DAP. Sedangkan pada hakikatnya, berapa kerat yang peduli tentang blogger pro-Pakatan Rakyat. Blogger-blogger pro-Pakatan rakyat hanya diperlukan bila ada pilihanraya, habis pilihanraya…mampuih pi la kat hangpa.
Sepatutnya, pemimpin Pakatan Rakyat berhenti bercakap tentang kekangan media. Tak payah komplen tentang Perak FM, RTM atau TV3…sebaliknya memberikan fokus kepada pengukuhan media internet.
Orang-orang Umno nampak macam mana berkesannya media internet terhadap pengundi. Mereka membelanjakan berjuta ringgit, membayar blogger-blogger khusus untuk menghentam Pakatan Rakyat. Umno sanggup membelanjakan berjuta ringgit untuk prasarana internet…tetapi apa yang pemimpin Pakatan Rakyat dah buat?
Aku harap ada pemimpin Pakatan Rakyat yang baca analisis Wenger Khairy ini, disini.
“So what is the take away. PAS utilized the new media effectively once again. They could not only get stories out, they could get videos, voice recordings, pictures and the like out in blogs like Perisik Rakyat, Al Banjari, Penarik Beca, Perak Express, Pinkturtle just to name a few. I am not saying this as a blogger but as a media watcher. You see lest say it cost the Government perhaps RM 100 billion to build all the TV stations, newspaper factories, shoulder the occassional bailouts and losses, such that at the flick of a switch, they can control the media and push their agenda.”
Itu pandangan dan persepsi orang diluar Pakatan Rakyat. Mereka merasakan bahawa blogger-blogger PR mempunyai hubungan yang cukup baik dengan parti. Tetapi hakikatnya, blogger-blogger PR tak ada sapa yang peduli.
Peranan media ini sepatutnya dibawah tanggungjawab Ketua Penerangan parti. Baik Pas, PKR atau DAP. Tetapi pernahkah Ketua Penerangan PKR mengambil inisiatif untuk bertemu blogger? Pernahkah Ketua Penerangan PAS mengambil inisiatif untuk berkenalan dengan blogger? Berapa ramai blogger-blogger PR yang dikenali oleh Ketua Penerangan PKR atau Pas? Itu baru berkenalan. Bukan nak minta peruntukan!
Siapa Ketua Penerangan PKR dan Pas negeri Perak?
Bagi pemimpin-pemimpin Pas dan PKR yang masih belum dapat menilai peranan media internet, cuba perhatikan keputusan-keputusan PRK di atas, dan cuba kaitkan dengan peranan media internet atau bloggers.
UBN hanya menang di Batang Ai. Pasal apa? Sebab disitu tak ada internet. Nak dapat line handphone pun susah. Yang didengar dan dilihat hanyalah RTM dan TV3. Ditempat-tempat yang tak ada internet, BN boleh menang.
Di Manek Urai, Pas hampir tewas. Pas menang dengan majoriti paling sikit. Sebab apa? Sebab di Manek Urai, kemudahan internet elok sikit dari Batang Ai. Kat Manek Urai tak ada broadband tapi nasib baik kawasan berhampiran macam Kuala Krai dan Machang boleh membantu.
Di Batang Ai, PKR berkempen setiap malam. Di Manek Urai pun lagi hebat. Setiap malam ada ceramah mega. Puluh ribu orang datang. Tapi adakah ceramah itu berkesan?
Di Kuala Terengganu, keadaan baik sedikit. Raja Petra and the Gang berkempen di Kuala Terengganu. Blogger-blogger PR juga dapat bergerak dengan lebih sempurna, dan Wahid Endut berjaya menumpaskan Wan Farid. Aku bukan nak kata kemenangan Wahid Endut kerana bloggers, kerana pada masa itu, tak ada sapa yang peduli tentang bloggers. Bloggers membuat kerja kerana inisiatif sendiri.
Bukit Gantang merupakan kawasan tradisi Umno. Letak batu pun boleh menang. Tahun 2004, calon Gerakan pun boleh menang walaupun Umno bergaduh sesama sendiri, kerana rakyat bukan tahu apa yang berlaku diatas. Masa tu, blog pun tak ada lagi.
Tahun 2008, semuanya berubah. Blog sudah banyak dan blogger pun sudah beribu jumlahnya. Dan apakah kemenangan Roslan Shahrum itu tidak ada kena mengena dengan blog? Apakah kemenangan Roslan Shahrum itu kerana ceramah semata-mata?
Bila Nizar bertanding dalam PRK 2009, dia didalam keadaan yang cukup berisiko. Umno baru merampas kuasa di Perak dan isu Nizar derhaka dan Nizar boneka DAP cukup kuat. Tambahan pula, Changkat Jering merupakan kawasan katak yang melompat, yang menambahkan sakit hati pengundi kepada Pakatan Rakyat.
Di Bukit Gantang juga, buat pertama kalinya bloggers PR bersatu secara sistematik. Ada anchorman, ada photographer…dan nama Bloggers Network menjulang masa tu. Tetapi ada sesiapa pemimpin parti yang ambil peduli? Dalam Autopsy Bukit Gantang 1, 2, 3, aku dah tulis semua tu.
Ketika pemimpin parti menyerah kalah, bloggers terus melawan. Rakyat dan petugas bawahan terus melawan. Akhirnya Nizar menang dengan lebih bergaya. Dan tugas bloggers pun berakhir. Apa nak jadi lepas tu, mampuih pi la kat hangpa.
Di Bukit Selambau, blogger-blogger PKR yang buat kerja. Aku tak terlibat dengan Bukit Selambau, jadi aku tak boleh nak komen banyak-banyak sangat. Tapi kalau nak kata kemenangan PKR di Bukit Selambau kerana jentera…aku tak harap. Jentera PKR kat Bukit Selambau macam jentera Pas di Permatang Pasir.
Dalam pilihanraya kecil yang diwakili Pas, yang banyak membuat hubungan dengan blogger ialah Dr. Zul. Sepatutnya, Dr. Zul dilantik jadi Ketua Penerangan Pas, baru lebih ngam. Inisiatif yang diambil oleh Dr. Zul terhadap blogger, baik di Manik Urai dan Permatang Pasir patut diberikan pengiktirafan.
Semasa di Permatang Pasir, Dr. Zul yang merancang pertemuan dengan bloggers PR. Dalam perbincangan ditempat penamaan calon, aku setuju dengan Dr. Zul. Dalam perancangan yang aku tahu, selepas sidang media, ada pertemuan dengan semua bloggers. Tapi bila aku dapat tahu, ada perjumpaan khas pulak dengan blogger Pas, aku tawar hati. Apakah ada yang boleh diketahui oleh blogger Pas, yang kami bukan ahli Pas tak boleh tahu? Aku rasa macam blogger kelas kedua.
Tapi kami terus buat juga….dan pendedahan dan bukti tentang isteri kedua Rohaizat kami buat bukan kerana maklumat yang diperolehi dari Pas.
Dalam PRK Permatang Pauh, ada sikit masalah. Masa tu bloggers pun tak diiktiraf. Ada yang buat posting dari tepi longkang, manakala reporter Berita Harian dan NST duduk dalam dewan berhawa dingin. Tetapi masa PRK Penanti, PKR belajar dari kesilapan. Bukan saja ada meja khas, malah dilayan dengan baik. Terima kasih Rizal. Patut dinaikkan pangkat dari Kerani Opis jadi Ketua Penerangan.
Apa yang aku ceritakan bukan untuk meminta pengiktirafan dari kepimpinan Pakatan Rakyat. tak ada pengiktirafan pun tak apa. Selama ni pun, bloggers PR bukan hidup dengan ihsan parti.
Tetapi apa yang hendak aku sampaikan ialah supaya pemimpin Pakatan Rakyat berhenti daripada menyalahkan kongkongan media perdana apabila rakyat tidak mendapat maklumat.
Jangan salahkan TV3 atau Utusan kerana berbuat fitnah. Dah memang itu kerja mereka, tetapi Pakatan Rakyat perlu mengambil peluang dengan kemajuan teknologi untuk terus bergerak.
Tapi jangan pula mengecilkan ruang dan peluang yang ada. Aku tak setuju bila ada yang menubuhkan Blogger Pas sahaja. Nanti ada pulak yang buat blogger PKR saja. Lama-lama punah ranah. Itu pendapat aku…hangpa nak buat…tu hangpa punya pasai.
Sepatutnya, diperkukuhkan Pakatan Rakyat…tapi sudah menjadi tabiat, ada orang yang sukakan seclusivity. Tak mau campur dengan orang lain.
Bagi yang suka mengasingkan diri…biaq pi la. Tapi yang mahukan pengukuhan, bersatu menentang UBN, kita alu-alukan. Kalau boleh, biarlah Bloggers Network pun diletakkan kedalam muzium, dan semua bloggers yang sealiran untuk memperjuangkan hak-hak rakyat, memperjuangkan keadilan untuk semua, bersatu dibawah hanya satu payung.
Berilah apa nama pun, Bloggers Rakyat, Bloggers Anak Bangsa Malaysia…. asalkan kita sehaluan, kita jadikan ianya satu media rakyat yang bukan memperjuangkan kepentingan pemimpin, tapi memperjuangkan kepentingan rakyat.