Monday, August 10, 2009

Dewa 1Malaysia..?

Replika besar Najib dinaikkan beberapa ratus meter di depan patung besar Dewa Muruga yang berwarna emas - di pintu masuk gua Batu Caves - bersempena festival Satu Malaysia di situ selama tiga hari sehingga Ahad.Adakah ini Replika Dewa 1Malaysia..?..

Tersenyum meleret-leret membaca laporan dr Malaysiakini..emmm..aku xterpikir langsung utk mempertikaikan bahawa ini "berunsur keberhalaan" dan "perlu dihapuskan dengan segera."
Apa yg masih menjadi bahan senyuman dihati aku ini ialah membenarkan apa yg dikatakan oleh Prof Aziz Bari mengenai "Najib menari ikut rentak gendang yg dimainkan oleh Anwar"..

Kekadang rasa macam "pengampu-pengampu" didalam UMNO/BN ini seperti langsung tidak mempunyai idea utk "mengangkat" dan "medewa-dewakan" Najib sebagai seorang Hero Rakyat..sungguh malang benar UMNO/BN yg semakin hari semakin ketandusan idea bernas utk mencipta "Najib" sebagai pemimpin yg sering "medahulukan rakyat" ..

Kemanakan menghilangnya para bijak pandai..yg dahulunya berada bersama-sama UMNO/BN..rasa mereka ini dan golongan mereka ini sudah "menyedari "dan "menginsafi "bahawa sudah sampai masanya UMNO/BN perlu diberi kepada "anai-anai" utk "dijamah "dan "dikunyah".sesuai dengan usianya yg sudah "lanjut" dan "nyanyuk"..serta sukar utk "berdiri" "menongkat langit" memerintah Malaysia..

Segala-galanya bagaikan sudah tiada "ummppp"..tiada kuasa"tongkat ali" apabila setiap isu dan serangan yg ditujukan kepada Pakatan Rakyat kini..hanya semakin mendapat "gelak tawa dikedai kopi"..menciptakan "bahan lawak lucah"...dan juga dikisahkan sebagai "kisah dongeng purba" apatahlagi jika yg melaporkan dan mendendangkan itu terdiri dari media Keldai-Keldai UMNO/BN...

Kini aku menanti isu utama apa yg akan didendangkan oleh pakar dan cerdik pandai yg masih ada didalam UMNO/BN utk menghadapi PRK Permatang Pasir..

Melalut benar aku bercakap mengenai "kekosongan idea" para pengampu Najib sehinggakan terlupa utk mengulas apa yg dikatakan UMNO/BN sanggup meniru apa yg dilakukan oleh penyokong PKR ..

aku xpasti samada "didirikan" replika ini adalah utk memperlihatkan sokongan kaum India terhadap Najib dan BN atau salah satu usaha utk "menjahamkan" atau "mensabotaj"Najib sendiri....

Ingatkah lagi ada dakwaan dimana Najib ini sememangnya seorang pengamal budaya Hindu apabila berlakunya ritual keagamaan itu dirumah beliau seperti mana yg heboh diperkatakan didalam media-media alternatif dan juga dikedai kopi...oleh itu dengan sengajanya didirikan replika DEWA 1MALAYSIA yg berdekatan dengan patung DEWA MURUGA pula sebagai salah satu usaha mensabotaj kerancakan imej rakyat dimuka Najib...



Cuba bandingkan replika Najib dan Anwar..kenapa "masam" saja replika Najib..macam ada yg xkena jaa..



TT kata ..ini DEWA MONGOLAN..lebih besar dari patung DEWA MURUGA..huhuhu..kantoi dah la Najib nie..patut pun masam saja muka dia...

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009