Sunday, August 2, 2009

The Baby's' FLU ; Budak 11 tahun mangsa ke 6 di Malaysia


Kanak-kanak lelaki 11 tahun mangsa keenam H1N1


KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan kematian keenam akibat jangkitan Influenza A(H1N1) apabila seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun yang dimasukkan ke hospital akibat komplikasi jangkitan disahkan meninggal dunia pagi ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata kanakkanak itu dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu pada Rabu lepas dengan simptom demam selama sehari.
"Tiada simptom batuk dan tanda-tanda gangguan pernafasan lain. Semasa dalam rawatan keadaan klinikal pesakit bertambah tenat dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi pada 30 Julai (Khamis)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dr Mohd Ismail berkata hasil pemeriksaan mendapati pesakit mempunyai jangkitan paru-paru dan myocarditis. Pesakit disahkan menghidap jangkitan virus H1N1 pada pukul 11 pagi semalam.
"Akibat komplikasi jangkitan, pesakit disahkan meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi, 2 Ogos 2009 semasa dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya. - MstarOnline


usinkata; Persoalan yg bermain difikiran ....Mangsa dimasukan pada 29.7.09..dia masuk ICU 30.7.9....sebelum masuk ICU tiada simptom batuk dan tanda-tanda pernafasan lain...selama duduk dlm ICU pesakit bertambah teruk...dan hanya disahkan terkena jangkitan H1N1 pada 1.8.09...dan meninggal pada 2.8.09...

Cepat benar virus ini menyerang...adakah tindakan susualan yg diambil kurang berkesan..walaupun berada didalam ICU...

1 comment:

Ross Safina Hor said...

Salam semua…

Saya mempunyai penawar untuk mencegah H1N1. Di Penang telah banyak kes yang sembuh dalam masa 2 @3 hari sahaja selepas meminum Protecur-100 terutama kanak-kanak yang bersekolah. Dengan izin Allah SWT dan PROTECUR-100, kami disini dapat mengawal masalah H1N1 ini. Jika anda bimbang tentang anak-anak anda atau orang tersayang dijangkiti, hubungi saya untuk tempahan. Hanya RM38 sahaja.

Insyaallah selamat…
Wasalam…

http://www.PROTECUR.com

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009