Tuesday, June 30, 2009

Kura-Kura Berleher Ular..?


foto; Chelodina mccordi @ kura-kura leher ular

Kabupaten Rote Ndao Indonesia memiliki jenis reptilia unik yang tidak terdapat di tempat lain di dunia. Reptilia ini adalah Kura-kura Leher Ular Rote atau Chelodina mccordi. Reptilia ini termasuk ordo testudines dari keluarga chelidae dan subfamili chelodina.
Kura-kura kecil leher panjang ini dinyatakan sebagai spesies baru tahun 1994 setelah dilakukan penelitian oleh lembaga ilmiah bekerja sama dengan Departemen Kehutanan. Spesies ini merupakan pecahan dari C. Novaeguineae.
Snake-necked turtle
Kura-kura ini termasuk jenis yang sekarang sukar dicari. Kura kura leher panjang ini banyak juga ditemukan di Kalimantan dan makanan utama adalah ikan. Kura-kura leher panjang jarang memotong ikan (makanan) menjadi bahagian-bahagian yang kecil. Biasanya langsung ditelan bulat-bulat (seperti ular).
Panjang leher sama panjang badan dan boleh dimasukkan kedalam tubuh. Leher dilipat diluar dari badan dan yang menarik kalau diperhatikan, pada waktu makan dan membidik ikan. Kura-kura ini sangat mirip dengan gerakan ular. Pertama yang dilakukan membidik ikan lalu dengan kecepatan tinggi, ikan disambar sangat cepat.
sumber; kompas.com & speedytown.com

PAS & UMNO is not same...; TGNA



"Saya tegaskan PAS dan Umno tidak serupa, bahkan dalam contoh orang yang sembahyang sendiri pun Allah swt menyediakan sebuah neraka."

"Mereka sembahyang, tetapi ada yang bersembahyang namun masuk neraka kerana lalai dalam sembahyang. Sesungguhnya orang yang bersembahyang ada (yang masuk) syurga dan (ada yang masuk) neraka, mana serupa,"
"Bapa saudara baginda datang kepada Nabi dan bertanya kenapa Nabi enggan menerimanya sedangkan dia membantu orang ramai dengan memberi air kepada orang ketika menunai ibadat haji.
Nabi menjawab bahawa adakah perbuatan itu sama dengan beriman, tentunya tidak sama.
"Dan dalam konteks Umno, mereka tidak ada 'aamana' (tidak beriman). Ada Islam sahaja. Mereka menolak Islam, nak dikatakan beriman macam mana.
"Pada zaman Nabi Muhammad saw, seorang sahabat membina masjid, yang disebut Masjid Dhirar. Nabi membina masjid, dia membina masjid juga, tetapi akhirnya masjid itu dibakar. Kenapa dibakar sedangkan itu sama-sama masjid.
"Ini perkara yang tidak ada dalam Umno. Umno menerima Islam tetapi mereka tidak beriman. Iman mesti ada, selain daripada Islam ialah iman,"
usinkata; agak-agak gerombolan itu paham ka dak kenyataan TGNA ini...saya masih yakin..hati mereka masih gelap dan tidak memahami apa yg tersurat dan tersirat disebalik kenyataan TGNA..namun begitu harap ada lagi individu atau puak-puak dalam gerombolan itu menyerang TGNA..nak juga tengok sampai tahap mana mereka nak menyerang TGNA..jangan jadi macam Toyo sudah la...suatu ketika dulu dia pernah menyerang TGNA..kini lihat sajalah dia...di mana dia berada sekarang...

Kedah 1-0 MyTeam


Keputusan rasmi antara Kedah VS UPB MyTeam.....KEDAH 1-0 UPB MyTeam
usinkata; nampaknya barisan pemain Kedah dalam "kekalutan" utk mengembalikan prestasi cemerlang..
Kemenangan dengan UPB MyTeam ini menunjukan ada sesuatu yg tidak kena dengan pasukan kesayangan hamba..Kedah terpaksa berhempas pulas utk mencatatkan kemenangan..nasib baik gol hadir didalam masa tambahan selepas 90 minit...
UPB MyTeam meneruskan permainan dengan 10 pemain sebaik sahaja penjaga golnya dibuang padang setelah mendapat kad merah diawal babak kedua perlawanan..namun begitu Kedah dilihat sukar menembusi gol UPB MyTeam...
Diminit-minit akhir Kedah pula kehilangan penjaga golnya setelah Helmi dilayangkan kad merah..
Mujur kelibat Hafiz yg tinggi lampai dapat menanduk bola ke jaring UPB MyTeam dihujung saingan...

Berita dari TPM


Perancis bersedia membantu Malaysia membangunkan loji tenaga nuklear sekiranya Malaysia berhasrat menggunakan kaedah itu bagi menjana tenaga elektrik..
usikata;Melihat Timbalan Perdana Menteri Malaysia berkunjung ke Perancis timbul rasa "pelik"...kenapa Najib sendiri tidak kesana...takut ka..gerun ka..kecut ka...
Takut kat sapa haaa...oooooo..ini musti takut nk berdepan dengan para wartawan yg "bebas" disana..takut dikorek dengan isu Altantunya laaa...
Harap dengan kesediaan Perancis membantu Malaysia membangunkan loji tenaga nuklear tidaklah dibantu dengan "org tengah"..ok...jangan biarkan pisang berbuah 2 kali..jangan kena patuk ular didlm lubang yg sama....makan kalau tambah 2 kali yg tue xpa...jangan cuba "makan" rasuah dah la...sprm dah nak umum kes "besau" tau..jgn libatkan isu nie ok..

"Tong Kosong" ; SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka akan mendedahkan beberapa kes besar termasuk yang melibatkan sindiket rasuah tidak lama lagi, kata Pengarah Perisikan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah.
usinkata; iya la tue...agak-agak sebesar mana haaa..kalau setakat "ikan bilis" buat hapa...nu haaa..jerung-jerung yg telan RM500 juta dan PKFZ tue apa cita..
setakat nk sembang nak dedahkan kes besar saja xguna...perlaksanaan ditakuk lama...dapat pengarah pun sikit-sikit jumpa "Maharaja"..takut silap cakap ka hapa ka...
Jangan jadi "tong kosong" la SPRM...buktikan...menyampah aku!!!! elok lu org pi check sat projek Jambatan Ke2 Penang tue...wokey..!!

Kudus yg akan "bungkus" 11 tahun 10 bulan..


Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun 10 bulan dan denda RM370,000 ke atas bekas pengarah penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Kapten (B) Abdul Kudus kerana didapati bersalah menerima rasuah berjumlah RM59,000. Hakim Mahkamah Sesyen, Noradidah Ahmad ketika menjatuhkan hukuman itu berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesalahan terhadap tertuduh tanpa keraguan munasabah.
usinkata; Datuk M Kayveas musti rasa puas hati dan senyumanya meleret-leret...so...Datuk Murugiah..you jgn cuba main-main dengan ini worang ok...
Kepada Abdul Kudus..semasa menginap di "hotel" yg tiada bintang selama 11 tahun...harap anda dapat mencari "jalan kebenaran" dan mencuci dosa-dosa yang lalu semasa menginap di hotel itu..semoga Allah memberikan hidayah dan petunjuk kepada anda...

Coach Kata ; Kedah mesti menang mlm nie..


"Pemain perlu mencari tiga mata penuh pada perlawanan ini(menentang UPB MyTeam) memandangkan saingan liga semakin hampir ke penghujung."

"Jadi saya tidak mahu mendengar sebarang alasan daripada pemain mengatakan mereka tidak boleh melakarkan kemenangan di gelanggang sendiri walaupun kesebelasan utama kita kelihatan lesu,"
"corak permainan Kedah dilihat semakin menurun selepas perlawanan itu dan baginya perkara itu perlu dipulihkan secepat mungkin."

"Pemain perlu memberikan sepenuh perhatian dan menggunakan peluang yang dicipta dengan baik.

"Jika gagal pasukan bawahan akan mula memintas sekali gus mengubah kedudukan Kedah yang sedang bersaing dengan pasukan di tangga teratas,"
usinkata; ketika artikel ini ditulis kedudukan masih ...Kedah 0-0 UPB MyTeam

Monday, June 29, 2009

DEBAT; Berbuih Mulut...


Debat : buang masa dan tak berfaedah

Para pemimpin UMNO termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi sekata bahawa cabaran Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat secara terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik PAS dan UMNO hanya buang masa dan tidak berfaedah. Menurut mereka perdebatan tidak akan dapat membantu mencapai titik temu antara kedua pihak dalam isu berkenaan.

Dan yg terbaru "ajakan" debat oleh Lim Kit Siang kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat mengenai isu PKFZ...

Ong Tee Keat berkata tidak akan melayani cabaran Lim Kit Siang untuk menyertai siri debat di lima negeri mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ),


2 ..3..bulan yg lepas kalau xsilap ada bunyi-bunyi "ajakan" debat antara Rais Yatim ngan Zaid Ibrahim...last-last senyap jer...debat tarak tinggal "de" ajaa..."debu-debu"..
Kemungkinan UMNO/BN dah serik lagi takut dan rasa seram sejuk serta menggeletar satu badan macam org "parkison" yg dijangkiti selsema babi apabila terdengar dan diajak "berDEBAT"...
Suatu ketika dulu debat anjuran Agenda Daily diantara DSAI dan Pendekar Berbuih Mulut sudah menjadi "trauma".."histeria"..kepada UMNO/BN..satu Malaysia dah tau kenapa minyak perlu diturunkan ketika itu...dan "kesilapan" yg dilakukan oleh UMNO/BN memakan diri sendiri apabila minyak terpaksa diturunkan akibat penurunan harga minyak dunia...
Utk mengelakan para pemimpin/pendekar UMNO/BN dari berbuih mulut atau automatik bisu serta gagap...maka tidak perlulah dilayan debat-debat ini...buang masa sahaja tidak berfaedah..nanti jadi bahan kutukan lawak rakyat pula jika semua pemimpin UMNO/BN berbuih mulut sepanjang masa..
Sesungguhnya....UMNO/BN tak mampu segala-galanya...nak debat pun xmampu ..macam mana nak terajui negara yg kini berada ditengah-tengah kemelut ekonomi/politik..
Jangan disebabkan mereka ini (UMNO/BN) sudah tidak mampu maka rakyat la pula terpaksa menanggung sengsara...."berbuih mulut"..


Maharaja SPRM..?


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menafikan dakwaan pembangkang bahawa beliau telah mempengaruhi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang dipanggil untuk menemui Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung isu projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PFKZ) minggu lalu.
Sambil mengakui Ahmad Said ada menemuinya sebelum menghadap PAC, Nazri berkata, Ketua Pesuruhjaya SPRM itu hanya datang untuk menjelaskan sebab beliau tidak dapat hadir pertemuan terdahulu pada 17 Jun lalu. Oleh kerana tidak hadir pertemuan 17 Jun, Ahmad Said menemui PAC minggu lalu yang mengambil keterangan berhubung isu pembangunan PKFZ.
"Saya bersetuju memang beliau ada menemui saya (di pejabat saya)... beliau cuma menjelaskan mengapa tidak hadir apabila dipanggil oleh PAC"
"Saya tak pernah kata jangan jawab... beliau datang jumpa saya dan jelaskan (sebab tidak hadir pertemuan PAC 17 Jun), tidak lebih dari itu," katanya.
"Kes PKFZ sedang disiasat. Oleh itu tidak boleh didedahkan,"
usinkata; Esok, PAC akan mendapatkan keterangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung PKFZ..., ini bagi mendapat penjelasan berhubung nasihat Peguam Negara itu mengenai pembelian tanah di Pulau Indah oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).
Jangan pula AG nk kata skes PKFZ sedang disiasat...so..no komen..ianya tidak bleh didedahkan..lepas tue pi pula jumpa Nazri Aziz dan bagi keterangan dan laporan kat dia...
perghh..memang Maharaja la lu beb!!!!....Najib pon kalah...huhuhu..sure MahaFiraun lagi "hangin" satu badan bila dapat tau betapa dasatnya Nazri Aziz...kan MahaFiraun mmg "berbulu" dengan Maharaja Nazri nie..

Majlis Raja-Raja..


YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (kiri) dan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berangkat tiba pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-217 (Khas) di Istana Negara, hari ini. Berangkat sama Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (belakang, kiri) dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (belakang, kanan). Mesyuarat pagi ini dipengerusikan oleh Tuanku Syed Sirajuddin.
"Majlis Raja-Raja hari ini memutuskan supaya pandangan Majlis Agama Islam Negeri diperoleh terlebih dahulu berhubung cadangan pindaan undang-undang yang berkaitan penukaran agama dan pindaan kepada undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan).
Pada satu mesyuarat khas itu, Majlis Raja-Raja membuat keputusan untuk menangguhkan cadangan pindaan tersebut"..
usinkata; saya rasa sangat-sangat bersyukur dan berpuas hati dengan keputusan "penangguhan" yg dibuat oleh Majlis Raja-Raja pada hari ini berkenaan isu "penukaran agama" yg telah diputuskan dimana kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.
Kabinet berpendapat penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anak.
Jemaah menteri juga bersetuju mana-mana individu yang ingin menukar agama, perlu menyelesaikan semua masalah berkaitan tanggungjawabnya terlebih dulu, bagi mengelak pihak yang tidak bersalah, terutama kanak-kanak, menjadi mangsa ..
Sesungguhnya isu ini perlu dirujuk kepada Majlis Agama Islam...para ulama..para mufti..ini bukan suka-suka punya kerja..

Depa nie dah "pecah"....MUH


Persembahan terakhir Lan sebagai anggota kumpulan popular di Hard Rock Cafe, 5 Julai..
TAK mampu diselamatkan lagi! Segala permasalahan dan kontroversi yang melanda kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH) berakhir apabila vokalisnya, Lan meninggalkan kumpulan itu. Pengumuman secara rasmi dilakukan pada 25 Jun lalu bertempat di premis hiburan popular, Hard Rock Cafe serentak dalam satu sidang media konsert penampilan terakhir MUH bersama Lan sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2009.
usinkata; Ini pendapat gua beb!!!....LAN dan MUH menghadapi keadaan yg sama seperti band SEARCH apabila Amy menarik diri/keluar dari SEARCH...Band SEARCH selepas Amy xda macam kucing ilang anak.....mcm hidup segan mati xmau..begitu juga keadaan yg sama berlaku kat band WING apabila Awie keluar darinya...
Gua pun rasa kalau dengar nama band MUH terus terbayangkan dan terngiang-ngiang kat teliga vokal "dasat" Lan...nanti kalo MUH kuar dgn "vokal" lain..sure gua rasa pelik....
Namun begitu kalau Taja "ada magik" mcm IZO XPDC ok la..maybe bole "idup" lagi MUH dua ..tiga ..tahun lagi...tapi harus juga diingat Mael tetap dihati peminat XPDC..namun gua rasa Lan masih "tinggal" lagi didalam band MUH walaupun "vokal" dia sudah "pupus"...gua harap lu org buat la "REUNION" bila sudah sampai masa nanti..

NajibKata; "TUN" kat Dato' Onn


"Kerajaan sedia menimbang cadangan untuk mengurniakan darjah kebesaran membawa gelaran 'Tun' kepada pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar"
"Pengurniaan darjah kebesaran itu adalah berdasarkan sumbangan besar Onn ke arah menyatukan rakyat Malaysia (Persekutuan Tanah Melayu ketika itu) dan perjuangan mencapai kemerdekaan negara. Selain jasanya mengasaskan Umno, Allahyarham Onn juga banyak sumbangan ke arah meningkatkan kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu dengan menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa."
usinkata; sesudah dok p "kincing" geng-geng Cina MCA pasai Biasiswa Nasional...utk nk jaga hati 'ketuanan Melayu"..buat pula cita baru nak tutup cita lama...takut pendekar-pendekar kain batik didalam UMNO/PERKASA/PROWARIS atau Naib Censlor UiTM pakat-pakat buat Demo kt Putajaya utk mempertahankan hak "ketuanan Melayu"..
Baru sekarang rasa nak bg anugerah tertinggi negara kat Dato' Onn...yela..kat Dato' Onn "pengkianat" UMNO...kan matinya Dato' Onn diluar UMNO..so..mmg xlayan la ...
Sekarang bila rasa dah terlajak cakap dan terasa dah mengguriskan perasaan Melayu UMNO...reka-reka la cita nak bagi anugerah "TUN" kat Dato' Onn...kot-kot dengan anugerah ini dapat menyejukan hati Melayu Umno balik...
Pandai "kincing" betoi la Najib nie...

Nenek Moyang Orang Eropah Kanibal..?


Tulang-belulang dari manusia pertama atau nenek moyang manusia Eropah.
Tulang-belulang dari manusia pertama atau nenek moyang manusia Eropah yang ditemui di satu kawasan arkeologi di uatra Spanyol merungkaikan, orang-orang prasejarah ini ternyata kanibal (pemakan manusia), terutama daging anak-anak."Kami yakin mereka mempraktikkan kanibalisme," kata Jose Maria Bermudez de Castro, salah seorang direktur pada projek Atapuerca, yang menjadi Kawasan Warisan Dunia UNESCO seperti dilaporkan oleh AFP, Rabu (24/6).Pengkajian atas tulang-belulang itu mengungkapkan, mereka mempraktikkan kanibalisme dengan memakan kalangan mereka sendiri dan bukan sebahagian dari ritual. Mereka memakan musuh-musuhnya setelah membunuh mereka, terutama anak-anak dan anak-anak remaja. "Ini adalah kasus kanibalisme pertama yang didokumentasi dengan baik dalam sejarah kemanusiaan, namun ini bukan yang tertua," katanya.Tulang-belulang purba itu ditemukan di gua-gua yang sudah terpecah-pecah, patah, berantakan, bercampur dengan tulang-belulang hewan-hewan lainnya, seperti kuda, rusa, rusa kutub, semua jenis binatang hasil buruan` yang dimakan oleh manusia. "Ini memberikan kami dugaan bahwa kanibalisme ini merupakan gastronomi, bukan sebagai ritual," kata de Castro.Gua-gua Atapuerca pertama kali ditemukan pada abad ke-19, ketika satu terowongan diledakkan melewati gunung untuk pembangunan jalur kereta api. "Namun pada saat itu di Spanyol belum ada cukup pengetahuan untuk memulai riset," kata direktur lainnya, Eudald Carbonell.Penggalian pertama belum dilakukan sampai tahun 1978, baru kemudian pada 1984, peneliti menemukan 150 tulang-belulang manusia. Pada 1992 mereka menemukan lagi satu tulang-belulang utuh dan dua tahun kemudian menemukan kembali tulang-belulang dari masa lebih kurang 800.000 tahun lalu.Tulang-belulang itu diduga sebagai manusia pertama Eropa yang dikenal sebagai Homo Antecessor atau perintis atau explorer dalam bahasa Latin. Homo antecessor, yang hidup sebelum manusia Neanderthals dan Homo Sapiens, diduga datang ke gua Atapurca setelah bermigrasi lama dari Afrika melewati Timur Tengah, Italia utara, kemudian Perancis."Tempat-tempat itu adalah situs yang bagus untuk dijadikan permukiman manusia, pada pertemuan dua sungai dengan iklim yang nyaman serta kaya dengan flora dan fauna," kata de Castro. Mereka menemukan air dan makanan dengan berburu beruang, kuda, rusa yang berarti mereka tidak mempraktikkan kanibalisme karena kekurangan pangan, melainkan karena gemar memakan daging manusia. "Aspek yang menarik lainnya adalah bahwa sebagian besar dari 11 individu yang kami identifikasi sebagai korban adalah anak-anak atau remaja," lanjutnya.Atapuerca terletak di ujung Eurasia dan menjadi tempat berkembangnya Homo antecessor. Selagi berburu, mereka membuat peralatan karena saat itu wilayah tersebut adalah hutan lebat, kayu-kayuan, pohon sarangan dan semak belukar, dan juga banyak dihuni binatang, seperti beruang, harimau, dan serigala.
sumber; kompas.com

Sunday, June 28, 2009

Bila Laut Masam Telinga Ikan Jadi Besau..?


Karbon dioksida (CO2) yang menyebabkan lautan menjadi "masam" ternyata mengakibatkan telinga ikan bertambah besar ukurannya. Telinga ikan tidak terlihat karana berada di dalam tubuhnya.
Seperti pada manusia, telinga ikan juga berfungsi mengatur gerakan. Ahli biologi oseanografi, David M Checkley dari The Scripps Institution of Oceanography di University of California, San Diego, melakukan penyelidikan, membesarkan ikan bas di perairan dengan kandungan CO2 enam kali ganda dari paras normal. Ternyata otolit (tulang kuping) ikan tumbuh 15-17 % lebih besar dari ukuran normal.
Penyelidikan itu dilakukan pada air laut dengan kandungan CO2 sebesar 3,5 kali ganda kandungan normal—perkiraan kandungan CO2 pada tahun 2100—ternyata otolit ikan membesar 7-9 persen. Penelitian selanjutnya adalah untuk mengetahui adakah dampak jangka panjang kondisi tersebut pada ikan. (ISW)
sumber; kompas.com

Owa Jawa; apadianie..?


Habitat owa jawa (Hylobates moloch) atau kera berbulu abu-abu di Taman Nasional Gunung Halimun Salak (TNGHS) terancam akibat kemusnahan hutan oleh manusia. Kepala Seksi Perlindungan Hutan dan Konservasi Alam Dinas Kehutanan dan Perkebunan Kabupaten Lebak Nurly Edlinar, Jumat (26/6), mengatakan, habitat owa jawa di TNGHS sudah mengalami degradasi sehingga mereka terancam kehilangan mata rantai makanan. Makanan primata itu adalah dedaunan, buah-buahan, dan terkadang makan serangga sebagai tambahan protein. Selama ini, populasi owa jawa merasa terganggu, baik dengan adanya pembukaan lahan, maupun penebangan pohon liar oleh masyarakat sekitar TNGHS. Berdasarkan laporan, kerusakan hutan di kawasan TNGHS mencapai 24.550 hektar, di antaranya seluas 8.550 hektar dalam kondisi rusak parah dan harus dihijaukan. "Kerusakan hutan itu tentu berdampak terhadap ekosistem habitat owa jawa," katanya. Menurut dia, owa jawa dalam mencari makan selalu berpindah-pindah secara berkelompok menjelajah dari satu pohon ke pohon lainnya. Secara garis besar, kelompok primata itu menggunakan empat pola lokomotor yakni bergantung, berjalan, memanjat, dan melompat. Hewan itu sering lebih agresif dalam beraktivitas ketika siang hari saat Matahari bersinar terik dan suhu udara panas. Mereka lebih banyak mendiami hutan dataran rendah yang mempunyai tajuk pohon yang rapat sebagai populasi habitatnya. Oleh karena itu, untuk menyelamatkan binatang itu harus dilakukan pengayaan pohon pakan dan pohon tidur. Pengayaan pohon pakan dan pohon tidur dilakukan di hutan sekunder yang berada dalam kawasan TNGHS dengan cara menanam jenis tumbuhan asli yang biasa digunakan owa jawa. Owa jawa termasuk binatang primata yang dilindungi dan hanya ditemukan di Pulau Jawa bagian barat, di antaranya di Taman Nasional Gunung Halimun Salak (TNGHS), Gunung Pangrango, dan Taman Nasional Ujung Kulon (TNUK). Sekarang diperkirakan populasi owa jawa terus berkurang karena kerusakan hutan dan perburuan. "Saya berharap masyarakat tidak melakukan penebangan hutan karena banyak ekosistem satwa yang dilindungi," katanya.

TGHA kata; Telaga Minyak


"Kebetulan saya duduk tepi pantai, bersama orang ke laut (nelayan) (saya telah pergi) melawat pelantar minyak, tengok pelantar minyak (dan) pelantar gas di situ.
"Dalam kawasan (perairan) Kelantan, bukan dalam perairan Siam dan perairan antarabangsa,"
"Petronas wajib membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana perjanjian di antara syarikat minyak itu dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975."

Ikan Naga Tasik Kenyir


Jabatan Perikanan akan menyiasat dakwaan kewujudan ikan Arapaima Gigas atau dipanggil ikan naga yang dilaporkan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa Arapaima Gigas wujud di Tasik Kenyir dan ikan itu adalah antara spesis hidupan liar yang diharamkan ditangkap atau dipelihara di negara ini.
Ikan itu dikategorikan sebagai karnivor iaitu memakan ikan lain sebagai makanan.
Ikan itu tidak membiak namun boleh membesar sehingga 30 dan 50 kilogram dan banyak terdapat di Amerika Selatan.
Setakat ini belum pernah kelihatan ikan Arapaima Gigas dan kalau benar ikan itu ada di Tasik Kenyir, kemungkinan ikan itu dipelihara dan dilepaskan di tasik buatan manusia itu.

Serangan Agenda Daily


Nik Aziz sudah tidak kenal dosa…ajak Najib berdebat June 28, 2009 : Agenda Daily

usinkata; TGNA diserang lagi oleh para kuncu-kuncu UMNO/BN..yg terbaru dari Agenda Daily pada pagi ini...
Lihat sahaja "tajuk" laman web mereka...perghhh..!!!! berani betul nie...
Dengan penuh yakin...saya berkata.... 100% Manik Urai bakal didalam genggaman PAS .....dengan kenyataan sebegini oleh UMNO/BN..
Harap akan ada lagi kenyataan-kenyataan sebegini yg membuatkan rakyat lebih benci dan meluat dengan gelagat UMNO/BN serta kuncu-kuncunya..

Najib; Biasiswa Nasinaol 1Malaysia...Lu olang sulah kena "kincing"..


Kerajaan akan mewujudkan satu kategori khas biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dikenali Biasiswa Nasional yang kelayakannya 100 peratus berdasarkan merit mulai tahun depan.
Mengumumkan perkara itu malam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kajian semula pengagihan biasiswa JPA itu menetapkan hanya pelajar yang meraih keputusan peperiksaan terbaik sahaja akan memperoleh biasiswa tersebut tanpa mengira kaum dan agama.
Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam meraikan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri keenam anjuran MCA dan pertubuhan-pertubuhan komuniti Cina di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.
usinkata; nak sesangat tengok "tarian lompat katak" ketua PERKASA.Nak sesangat nak tengok tarian dangdut PROWARIS...apa la depa nak kata...kalau berani "hunuslah keris lembik" korang kat Najib...
Mari kita lihat teater Najib"A" didalam pentas makan malam anjuran MCA...
Wa ingatla..lu orang aaaa..org-org cina..yang duduk itu dalam MCA..lu olang sulah kena tipu ooo..yg duduk dlm dewan makan malam dengan Najib aaaaa..sulah kena "kincing" oooo sama Najib...
Nanti aaaa...kalau dia atau geng2 dia p kempen kat Manik Urai aaa..lain celita pulak ooo..mana ada mau buat mcm nie(biasiswa nasional)...xpecaya ka.? lu olang tanya la itu "BIG FROG" kat Pasir Mas...

Kacukan Gajah+Beruang Panda

Inilah manusia..xpernah puas...gajah nk bg jadi panda...xdpt ubah bentuk biologi..dapat ubah kaler pon boleh...kesian kat gajah-gajah tue..

Tahniah: Saad Al Hariri


Pemimpin kelompok majoriti di Parlimen Lubnan, Saad al-Hariri dilantik secara rasmi sebagai Perdana Menteri baru negara itu semalam. Presiden Michel Suleiman mengeluarkan perintah presiden melantik Hariri, 39, seorang Islam Sunnah, sebagai perdana menteri selepas 86 ahli parlimen yang mempunyai 128 kerusi mencalonkannya bagi jawatan itu. Hariri berkata beliau akan berusaha menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan yang mampu menghadapi pelbagai cabaran politik, ekonomi dan sosial, tetapi memberi amaran ia suatu tugas sukar.
“Kita akan memulakan rundingan dengan ahli parlimen berdasarkan komitmen kepada kerajaan perpaduan kebangsaan dengan semua pihak mempunyai wakil masing-masing, berfungsi, harmoni dan bebas daripada gangguan dan kecacatan. “Kita tahu jalan untuk mencapai sasaran ini tidak mudah dan banyak cabaran perlu dihadapi melebihi daripada apa yang ada sekarang,” katanya. Pemimpin muda itu berkata, apa yang lebih penting daripada pembentukan kerajaan perpaduan ialah masa depan Lubnan pada masa yang paling kritikal dalam sejarah Asia Barat.
Hariri yang disokong Amerika dan Arab Saudi mengetuai pakatan politik untuk memenangi pilihan raya bulan ini, menewaskan pakatan pembangkang diketuai Hizbullah.

Kedah Seri Pulak..


Kedah sekadar seri tanpa jaringan dengan KL Plus...dengan ini secara tidak rasminya Kedah gagal lagi mempertahankan kejuaraan Liga Super pada tahun ini 2009..
Try again for next season...yg tinggal hanyalah Piala Malaysia la lagi...harap ianya dpt dikekalkan..
Apa yg penting...kerjasama....
Apa yg penting jangan bagi kat Selangor juara Liga Super...baik bg kat Perlis...semua penyokong Kedah harap dapat memberi sokongan kepada Perlis utk kejuaraan Liga Super 2009..

TGNA VS NAJIB "A"


Pelbagai pendapat yg lahir dari individu baik penyokong PAS,UMNO mahupun yg tidak beparti mengenai tindak tanduk TGNA sejak dua menjak ini...
Dan yg terbaru "ajakan" TGNA kepada Najib(dpt call dr Obama..huhuhuh) utk berdebat mengenai konflik UMNO-PAS yg sudah berlarutan sehinggalah ke usia "emas"....
apa yg dilihat dan didengar oleh saya yg kerdil lagi "pekak" ini...langkah dan tindakan TGNA mahu berdebat dengan Najib sudah semestinya "serangan" politik Pakatan Rakyat khasnya PAS utk menghadapi PRK Manik Urai yg akan berlangsung tidak lama lagi...
Apa yg menariknya pertembungan PAS-UMNO di Manik Urai ini...saya melihat taktik dan percaturan yg dimainkan kedua-dua pihak memiliki pelbagai tempo...pelbagai rentak..
Umno memulakan dengan "rentak silat pulut"dengan ingin menjadikan Manik Urai sebagai "anak angkat"...dengan permulaan sebegini memungkinkan TGNA melihat dan membaca arah "politik" UMNO ingin berkempen secara sopan-santun di Manik Urai..
Ini amat berbeza dengan pendekatan UMNO semasa menghadapi PRK Bukit Gantang dimana UMNO memulakan kempen "kasar" iaitu dengan melabelkan YB Nizar sebagai penderhaka...
Kemungkinan besar pakar-pakar perang "politik" didalam UMNO sudah melihat sekiranya kempen sebegini akan menjerumuskan UMNO kedalam lubang kekalahan..
Kemungkinan TGNA sudah merasai UMNO "bersopan-santun" di Manik Urai dan ini menyebabkan beliau "ingin" memperlihatkan wajah sebenar UMNO di Manik Urai dengan "serangan" ke atas pemimpin teringgi UMNO iaitu Najib sendiri..
Lihat sahaja kenyataan TGNA mengenai Najib dan Umno baru-baru ini..dan juga tindakan pemuda UMNO Kelantan yg membuat laporan polis diatas kenyataan TGNA serta kenyataan-kenyataan Timbalan presiden Umno terhadap TGNA...
Adalah "malang" sekali jika ada individu didalam UMNO yg menyerang TGNA disaat-saat penting PRK Manik Urai...apatahlagi jika pengundi-pengundi di Manik Urai mendapat tahu UMNO begitu rakus menyerang TGNA...
Saya ingin sekali mencadangkan jika UMNO ingin menawan kembali Manik Urai usahlah disentuh TGNA...
Moraliti dan personaliti TGNA dimata rakyat Kelantan khususnya di Manik urai jauh benar umpama langit dan bumi jika dibandingkan dengan Najib dan kuncu-kuncunya..
Benarlah apa yg dikatakan oleh org-org tua dahulu....."org lama/tua lebih makan garam dari kita yg baru/muda ini..."

Menyampahnya akuuuuuu!!!!!!


Obama hubungi Najib..?

Membaca utusan melayau/meloya/merapu/meng-kelentong/meracau/merepek/mesasau/ sudah membuatkan aku tergelak-gelak dan tersipu-sipu menyampah dengan kenyataan dimana OBAMA HUBUNGI NAJIB melalui telefon...huhuhuhu...
Sapa Najib nie...?...Dunia pun xiktiraf dia sebagai PM Malaysia...berapa kerat saja yg tau dia PM baru Malaysia..Obama pun hampir-hampir lupa yg Najib dah jadi PM...itupun "mungkin" kerana Anifah Aman pi US pas tue dok buka "dada" kata DSAI nak bagi jawatan "besar" kalau dia lompat join Pakatan...sebab tue kot Obama baru sedar yg Malaysia ada PM baru..
Masih ingatkah lagi bagaimana ada pemimpin negara kita nak p jumpa Bush dulu...huhuhu..betapa susahnya nk p jumpa Bush tue....kena pakai macam-macam cara baru bleh jumpa...cara macam mana semua dah tau bukan...tapi yg peliknya ..senang-senang saja Najib dapat bercakap dengan Obama..siap Obama call dia lagi...dasat-dasat...dasat yg sarat dengan penipuan...mati hidup semula pun aku xcaya yg Obama call Najib...

eiii.menyampahnya akuuuu!!!!!!!!!!!!!!

MJ


Saya mendapat tahu kematian MJ melalui radio Sinar ketika dalam perjalanan menuju ke tempat kerja...apa yg bermain difikiran saya ketika itu.."adakah MJ akan dikebumikan mengikut "islam"..?

Berita mengenai MJ memeluk Islam sudah lama tersebar...kerana itulah ianya bermain difikiran saya ketika itu..dan apabila membaca akhbar pada hari ini..ianya diperjelaskan lagi oleh abg beliau...dan umum sudah mengetahui apa yg dikatakan oleh abg MJ..

Jika benar dakwaan abg MJ..amatlah "wajib" MJ dikebumikan sebagai penganut agama islam..
Harap-harap tiadalah "bunyi "dari mana-mana individu tentang apa yg akan dialami oleh MJ dialam kubur mahupun diakhirat nanti...
Itu adalah urusan Allah...kita tidak boleh menilai sendiri atau meletakan hukuman seseorang apabila ia sudah meninggal dunia...
Jika benar MJ mati sebagai seorang islam..dari usinwafer.....Al-Fatihah ........................................

Saturday, June 27, 2009

Ujian; Buat para Sang Suami..


foto; sekadar hiasan..

Minggu ini saya dijemput utk menghadiri satu sesi motivasi dan kaunseling "keluarga"...
Disana terdapat satu kes yg melibatkan konflik suami isteri...
Utk saya menerangkan dengan panjang lebar adalah mustahil utk dinyatakan disini.oleh itu saya sudah meringkaskan dan terus membuat kesimpulan mengenai konflik suami isteri...

Utk para suami..seandainya berlaku apa jua konflik kecil mahupun besar..semua ini berpunca dari "anda"...yg bersalah adalah "anda"...
Pusingla cerita macam mana pun yg tetap salah adalah anda..
Walaupun pasangan anda curang didepan mahupun dibelakang anda..

alasan saya....sebagai suami..andalah yg menentukan perjalanan hidup berumah tangga...jika silap percaturan dan keputusan yg diambil sudah tentu akan ianya berpunca dari anda..
Isteri adalah tulang rusuk yg kurang didada anda(suami)..oleh itu jika baik atau buruk tulang itu..sudah tentu ianya datang dan berpunca pada diri dada anda..
Andalah yg menentukan samada tulang itu patah atau terus membengkok..
Jika memang benar kesalahan itu datang dari isteri maka yg bersalahnya tetap diri anda(suami)..kerana anda bertanggungjawab segala-galanya...jika isteri salah kenapa tidak diperbetulkan..kenapa tidak dididik terlebih dahulu..

jangan lupa semasa upacara nikah..bukankah anda sudah berikrar akan bertanggungjawab segala-galanya....

oleh itu jika berlaku konflik cerminkan diri anda (suami) dahulu sebelum anda menyuluh keburukan dan kesilapan yg ada pada isteri anda...

perbetulkan diri anda(suami) sebelum memperbetulkan isteri...

Seandainya sudah pelbagai kaedah dan cara anda menangani konflik rumahtangga dan ianya tetap menemui jalan buntu..redalah...segala-galanya adalah ujian Allah terhadap anda..

Ujian yg diberi kepada anda adalah utk menguji sejauh mana keimanan yg anda miliki...

Melayu,Cina, India...; Kini



Suatu hari saya ada membeli belah di sebuah pasaraya Econsave yg berhampiran Bandar Puteri Jaya Sungai Petani..
Apa yg menarik perhatian saya adalah mengenai satu indsiden yg melibatkan kaum-kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu,Cina dan India..
Kisah ini terjadi keatas saya sendiri..
ketika itu saya sedang beratur utk menimbang barang di kuanter penimbang...dihadapan saya seorang nyonya(cina) dan dihadapan beliau pula adalah seorang india..
India tersebut saya sudah mengenali beliau selama 5 tahun kerana kami bekerja ditempat yg sama...
insiden tersebut berlaku apabila nyonya ini tidak perasaan bahawa troli barang yg dihadapan beliau adalah milik india tersebut..oleh itu beliau cuba menolaknya keluar dr perbarisan..
ketika dia sedang cuba mengalihkan troli tersebut.maka india tadi menegurnya.."ini saya punya la.."...
"ooo..yaka..soli-soli..i xperasan laa" balas cina tersebut
"apa xperasan..ini saya punya laaa.."india tersebut meninggikan suara...
melihat dari reaksi india tersebut maka nyonya itu seakan-akan berkecil hati..lantas dia mengadu kepada saya..
"sikalang aaa..india punya org banyak sombong tau..."
saya hanya tersenyum sahaja dan mengangguk-anggukan kepala tanda setuju dengan komen nyonya tadi..
Saya sangat bersetuju kerana saya memang sangat-sangat mengenali india tersebut..beliau memang seorang yg sombong..
apa yg terlintas dihati saya..sedikit membenarkan apa yg dikatakan oleh nyonya tadi..kita bole lihat dengan senario masyarakat india sekarang ini..kini masyarakat india sudah banyak berubah dari zaman dahulu..para profesional dari kaum tersebut juga sudah semakin hari semakin meningkat bilangannya..begitu juga peniaga-peniaga india..dimana-mana kita dapat melihat perniagaan mereka..
adakah dengan keluarnya mereka dari "estate" dimana suatu ketika dahulu merekalah penghuni terbesar..mengakibatkan mereka ini sudah "sombong"..dan lupa diri..
Ketika dahulu mereka ini cukup menghormati cina dan melayu...mungkin mereka merasakan bahawa mereka ini golongan yg tidak setaraf dengan kaum-kaum yang lain pada ketika itu..
Dan kini apabila mereka sudah "melihat dunia" dan mereka merasakan sudah tiada lagi "taraf" antara mereka dan kaum yang lain terus memperlihatkan siapa mereka sebenar..
Saya tidak ingin menjadikan isu ini sebagai isu perkauman..
apa yg ingin saya nyatakan bahawa..tidak ada salahnya kita saling hormat menghormati antara kaum...walaupun dimana kita berada dan apa jua taraf kita..

Soalan Bocor...

Usinkata; Ini adalah "soalan bocor" utk sesiapa yg ingin memohon jawatan MT di Silterra..
Test yg dilakukan di Silterra melibatkan 2 modul iaitu Math dan Bahasa Inggeris..
Jika berjaya melakukan test Math ini anda layak utk ditemuduga..
Semoga berjaya...











Tuesday, June 23, 2009

Kedah kena "tibai"...8 bijik..!!!


Kedah kena tibai dengan BFC 8 gol berbalas 2 gol..
aramak....sedihnya..Kedah kena belasah..memang teruk gila nie...
BFC 8 - 2 KEDAH
sumber; the-AFC.com

Kedah sesat..?


KEDAH terpaksa mengharungi cabaran besar lebih awal sebelum turun menentang kelab dari Vietnam, Becamex Binh Duong, malam ini untuk memburu slot ke suku akhir kejohanan bola sepak Piala AFC. Semua pemain dan pegawai ‘didera’ gara-gara pemandu bas yang membawa mereka dari Alor Setar ke LCCT di Sepang tersesat jalan sehingga terlepas penerbangan Air Asia, awal pagi kelmarin. Berdasarkan prosedur syarikat penerbangan tambang murah itu, tiket akan dikira ‘hangus’ dan pasukan Kedah terpaksa mengeluarkan belanja tambahan membeli tiket Penerbangan Malaysia (MAS) untuk ke Ho Cin Minh jam 3 petang.

Itulah ‘harga’ yang terpaksa dibayar Kedah tetapi semangat tetap tinggi membara untuk melakukan kejutan ke atas pasukan pilihan, Becamex Binh Duong yang mempunyai kekuatan tiga pemain import dan enam pemain kebangsaan Vietnam. “Kita lebih suka merendah diri. Menang adalah kejutan dan bonus kerana melangkah sejauh ini adalah setapak maju jika dibandingkan dengan tahun lalu kita hanya di pusingan kedua Piala AFC,” kata jurulatih, Mohd Azrai Khor Abdullah pada sidang media di hotel penginapan pasukan di wilayah Phuong Nam, semalam. Azrai tidak mahu memberi tekanan kepada pemain kerana mereka terpaksa bersaing di peringkat antarabangsa hanya dengan 100 peratus tenaga tempatan.
Apapun, Hijau Kuning tetap berdepan hampir 15,000 penyokong tuan rumah di gelanggang yang mempunyai rekod cemerlang untuk pasukan mereka sepanjang musim ini. Maruah bola sepak Vietnam dipikul Becamex Binh Duong dan Kedah sekadar memburu bonus sebagai satu lagi koleksi di Jelapang Padi.

BAM jangan jadi FAM....


Jadual ketat boleh jejas peluang Chong Wei tapi BAM fikir sebaliknya


TATKALA Misbun Sidek melahirkan rasa berbelah bahagi mengenai tuntutan jadual ketat dihadapi anak didiknya, Lee Chong Wei, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkeras dengan pendirian bahawa pemain nombor satu dunia itu tidak berdepan masalah dan juga ia tidak akan menggugat peluangnya menjuarai acara perseorangan di Kejohanan Dunia, Ogos ini. Chong Wei yang baru menjulang kejuaraan perseorangan Terbuka Indonesia, kelmarin berdepan jadual perlawanan ketat dalam tempoh tiga minggu bermula dengan Terbuka Singapura dua minggu lalu, disusuli di Jakarta dan terpaksa beraksi pula di Grand Prix Emas Terbuka Malaysia-Yonex-Sunrise 2009, minggu ini. Ia bererti rentetan 21 hari tanpa rehat.

Selepas itu, dia kembali menjalani latihan sebelum turun bertanding dalam Mini Olimpik akhir bulan depan - seminggu sebelum Kejohanan Dunia di Hyderabad, India pada 9 Ogos ini. “Saya agak gelisah dan belum membuat keputusan mengenai jadual perlawanan ketat ke atas Chong Wei, terutama sekali beraksi di Mini Olimpik,” kata Misbun kepada wartawan selepas menerima kunjungan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang melawat isterinya, Datin Latifah Mohd Sidek yang selamat menjalani rawatan buah pinggang di Guangzhou, China, minggu lalu. “Sememangnya keputusan mengenai penyertaan Chong Wei dalam kejohanan diputuskan oleh saya tetapi sekiranya penyertaan atas arahan, saya tidak boleh berbuat apa-apa.
“Kini terpulang kepada Chong Wei sama ada dia dapat menghadapi semua jadual perlawanan ini dan Mini Olimpik yang hampir dekat sebagai pentas latihan sebelum ke kejohanan dunia nanti,” katanya. Setiausaha Agung BAM, Ganga Rao pula menafikan wujud sebarang tekanan dan arahan terutama daripada Majlis Sukan Negara (MSN) supaya pemain utama kebangsaan mengambil bahagian tidak kira sama ada pemain terbabit akan berdepan dengan kejohanan dunia ataupun tidak. “Tidak ada tekanan atau pun arahan (daripada MSN),” kata Ganga. “BAM sentiasa berbincang dengan MSN mengenai perkara ini demi kepentingan pemain dan jurulatih. Lagipun, Mini Olimpik hanya berlangsung dua hari saja dan ia tidak menjejaskan apa-apa. “Saya yakin Chong Wei akan dapat menghadapi situasi ini dan ia juga mengenai satu tapak persiapan yang bagus kepada dirinya dan juga semua pemain badminton yang lain sebelum berkunjung ke Hyderabad."
sumber; Berita Harian
usinkata; BAM diharap jangan ikut "peel" FAM yg langsung "pangkah" mana-mana jurulatih yg memberikan komen atau kritikan kepada FAM ...harap BAM lebih matang dengan menghadapi situasi yg melanda Lee Chong Wei(LCW)...sebagai jurulati/mentor kepada LCW sememangnya Misbun lebih memahami "siapa LCW" apatah lagi beliau juga adalah "tulang belakang" pemain No1 perseorangan lelaki Badminton Dunia.

Bismillah.....


Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIMsetiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan menguncipintu/almari, menaruh dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakaipakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dll.
Pokoknya selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM pada saat akan melakukansebarang aktiviti.Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan akhirnyaterlintas dibenaknya untuk menguji sang isterinya tersebut. Lalu suatuketika sang suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan:
"Wahai isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik."Lalu sang isteripun menerimanya dengan mengucapkanBISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan membuka almari dengan mengucapkanBISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkanBISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menutup/mengunci almari dengan mengucapkanBISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.
Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka sangsuami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut.Lalu ia kembali ke rumah dan ketika isterinya pulang dia pun meminta kepadaisterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu lalu.
Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkanBISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan emas tersebut. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah (airlaut) lalu menyerahkannya kepada suaminya.Melihat emas tersebut basah sang isteri pun menjadi bingung dan bertanyakepada suaminya, lalu sang suami pun bersujud dan beristighfar dan setelahitu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahawa dia (suami) telah membuangemas tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri dengan tujuan untukmengetahui manfaat dari BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.
Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimatBISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnyaiaitu:
Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ketika kita akanmengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru maupunyang baru kita gunakan.
Tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidakdigunakan oleh makhluk lain (gol. Jin), ini dapat kita lihat apabila kitamenaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa gatal dan tidaknyaman. Memang kita biasa mengatakan bahawa itu adalah pengaruh lembab ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakanoleh makhluk lain dengan cara mereka.
Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat kita peroleh dari mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktivitikita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai dapatmembiasakan diri untuk mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalammelakukan aktiviti kita sehari-hari.
usinkata; kisah ini diemailkan dari seorang teman bernama anje uda..tq very much..

Monday, June 22, 2009

Wajahku Hilang...?


Tumini (kanan) menutupi wajahnya yang hilang dengan kain.

Tumini (54), warga Desa Nglanduk, Kecamatan Wungu, Kabupaten Madiun, Jatim, sudah berpuluhan tahun menderita penyakit aneh. Suami Tumini, Marto (65), Minggu (21/6), mengatakan, akibat penyakit aneh tersebut, sebahagian wajah Tumini telah hilang dan berlubang. Bahagian kedua matanya, hidung, dan bibir hilang. Yang tinggal hanya dagu dan kening saja.
"Selama bertahun-tahun, penyakit tersebut terus "memakan" bahagian wajah isteri saya. Satu per satu bahagian wajah Tumini rosak akibat penyakit tersebut. Karena tidak ada mata maka ia tidak dapat melihat. Demikian juga tidak dapat berbicara, karena bibir dan jaringan pendukungnya lainnya sudah tidak sempurna," ujarnya.
Menurutnya, penyakit aneh tersebut telah menyerang isterinya selama hampir 30 tahun lebih. Namun, kerana keajaiban Tuhan, Tumini dapat bertahan meski jaringan hidung untuk pernafasanya juga tidak sempurna akibat penyakit tersebut. Bahkan kewarasan dan pendengaran Tumini juga masih dalam keadaan baik.
Marto bercerita, penyakit tersebut menyerang ketika isterinya masih berusia 20 an. Pada mulanya hanya berupa sebuah bintil menyerupai jerawat di hidung Tumini. Namun, lama kelamaan semakin membesar, berasa panas dan gatal.

"Ketika itu sudah pernah dirujuk ke hospital. Bahkan, isteri saya juga sempat dirawat di hospital dr. Sutomo Surabaya. Selama tiga bulan dirawat di sana, isteri saya tidak sembuh-sembuh. Kerana tidak mampu menanggung kos perubatan dan ubat-ubatan , akhirnya saya bawanya pulang. Doktor memberitahunya bahawa penyakit isterinya adalah kanser," kata Marto yang merupakan seorang petani.

Setelah dirawat di Surabaya, Tumini juga sempat dirawat di Hospital dr. Sudono Madiun. Namun sama saja, tidak membuahkan hasil dan akhirnya memilih untuk dirawat di rumah saja. Seiring dengan itu, jerawat Tumini semakin membesar. Bahkan, selain membesar, penyakit jerawat tersebut juga membuat beberapa bahagian sturktur wajah Tumini rosak, mengelupas, dan akhirnya "gugur". Kini yang tinggal pada wajah Tumini hanyalah lubang berdiameter 10-15cm dan sedalam 7-10 cm.
Wajah Tumini hilang karena penyakit aneh.
sumber ; kompas.com

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009