Sunday, June 28, 2009
TGNA VS NAJIB "A"
Pelbagai pendapat yg lahir dari individu baik penyokong PAS,UMNO mahupun yg tidak beparti mengenai tindak tanduk TGNA sejak dua menjak ini...
Dan yg terbaru "ajakan" TGNA kepada Najib(dpt call dr Obama..huhuhuh) utk berdebat mengenai konflik UMNO-PAS yg sudah berlarutan sehinggalah ke usia "emas"....
apa yg dilihat dan didengar oleh saya yg kerdil lagi "pekak" ini...langkah dan tindakan TGNA mahu berdebat dengan Najib sudah semestinya "serangan" politik Pakatan Rakyat khasnya PAS utk menghadapi PRK Manik Urai yg akan berlangsung tidak lama lagi...
Apa yg menariknya pertembungan PAS-UMNO di Manik Urai ini...saya melihat taktik dan percaturan yg dimainkan kedua-dua pihak memiliki pelbagai tempo...pelbagai rentak..
Umno memulakan dengan "rentak silat pulut"dengan ingin menjadikan Manik Urai sebagai "anak angkat"...dengan permulaan sebegini memungkinkan TGNA melihat dan membaca arah "politik" UMNO ingin berkempen secara sopan-santun di Manik Urai..
Ini amat berbeza dengan pendekatan UMNO semasa menghadapi PRK Bukit Gantang dimana UMNO memulakan kempen "kasar" iaitu dengan melabelkan YB Nizar sebagai penderhaka...
Kemungkinan besar pakar-pakar perang "politik" didalam UMNO sudah melihat sekiranya kempen sebegini akan menjerumuskan UMNO kedalam lubang kekalahan..
Kemungkinan TGNA sudah merasai UMNO "bersopan-santun" di Manik Urai dan ini menyebabkan beliau "ingin" memperlihatkan wajah sebenar UMNO di Manik Urai dengan "serangan" ke atas pemimpin teringgi UMNO iaitu Najib sendiri..
Lihat sahaja kenyataan TGNA mengenai Najib dan Umno baru-baru ini..dan juga tindakan pemuda UMNO Kelantan yg membuat laporan polis diatas kenyataan TGNA serta kenyataan-kenyataan Timbalan presiden Umno terhadap TGNA...
Adalah "malang" sekali jika ada individu didalam UMNO yg menyerang TGNA disaat-saat penting PRK Manik Urai...apatahlagi jika pengundi-pengundi di Manik Urai mendapat tahu UMNO begitu rakus menyerang TGNA...
Saya ingin sekali mencadangkan jika UMNO ingin menawan kembali Manik Urai usahlah disentuh TGNA...
Moraliti dan personaliti TGNA dimata rakyat Kelantan khususnya di Manik urai jauh benar umpama langit dan bumi jika dibandingkan dengan Najib dan kuncu-kuncunya..
Benarlah apa yg dikatakan oleh org-org tua dahulu....."org lama/tua lebih makan garam dari kita yg baru/muda ini..."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment