Sejarah menunjukkan bahawa United Malays National Organisation ini dinaikkan oleh penjajah British melalui Tunku kerana gerombolan ini tidak akan melawan atau menentang kepentingan kaum pemodal Anglo-Amerika. Gerombolan ini dipilih oleh British kerana mereka akan menjaga kepentingan kaum pemodal melalui seribu satu macam undang-undang yang bukan bertujuan menjaga kepentingan kaum pekerja dan buruh tetapi menjaga kepentingan kaum pemodal.
- Hishamuddin Rais ; dari jelebu & tukartiub.blogspot.com
Seiring dengan kebangkitan nasionalisma di seluruh benua Asia, golongan-golongan patriotik dan demokratik rakyat luas Malaya telah menggembeling tenaga. Demikian terbentuknya gabungan PUTERA-AMCJA pada tahun 1947 menentang kolonial British.
Jun 1948, dalam usahanya menindas gerakan kemerdekaan, pihak berkuasa British telah mengisytiharkan “darurat’.
Kecuali UMNO yang dipupuk dan memihak kepada British, semua pertubuhan2 politik yang lain termasuk PKM dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah diharamkan.
Ratusan, malahan ribuan pemimpin2 kiri telah ditangkap dan dipenjarakan, ada yang dibuang negeri dan ada yang dihukum gantung sampai mati.
- Mat amin(Perajurit Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya) ; matamin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment