Wednesday, June 10, 2009

Bahasa Penjajah


Apakah agendanya kerajaan UMNO/BN membuka kepada umum utk dibincangkan cadangan mewajibkan Bahasa "Penjajah" sebagai salah satu mata pelajaran wajib "LULUS" didalam SPM...
Adakah ini utk "menggelapkan" isu PPSMI...? Isu yg selama ini memberikan "mimpi ngeri" kepada bekas Menteri Pelajaran yg kini "lari" ke kementerian lain iaitu Menteri DiDalam Negeri..
Adakah "cadangan" ini datangnya dari Menteri Pelajaran yg baru..?..seolah-olah ingin memastikan rakyat melupakan "derita" belajar mata pelajaran Matematik dan Sains didalam bahasa "penjajah" itu..bukan setakat yg "belajar"..yg "mengajar" pun turut kena tempiasnya.
Inilah kata akal pendek saya yg memperolehi 7 utk Bahasa Penjajah didalam peperikasaan SPMV ...
Sejujurnya saya akui "sedikit gagal"utk menguasai Bahasa Penjajah itu..sejak dari sekolah rendah hinggalah ke mendapat segulung Diploma "picisan" dari Politeknik...
Begitu juga saya "gagal jugak" utk menguasai Bahasa Akhirat iaitu bahasa Arab ketika berpeluang belajar di sekolah Agama di Tobiar Pendang Kedah...
Dari pandangan dan pengamatan mata hati kerdil saya ini sesungguhnya utk menguasai 50% penguasaan didalam Bahasa Akhirat lebih "sukar" dari Bahasa Penjajah..manakala utk menguasai 50% Bahasa Penjajah lebih sukar dari Bahasa Bangsa Melayu...
Mengapa ini berlaku kepada saya..?..atau mungkin pada org lain disana..?
Disini saya ingin memfokuskan Bahasa Penjajah terutamanya...sejak dr sekolah rendah hinggalah ke peringkat sekolah menengah Bahasa Penjajah itu ditampilkan sebagai satu mata pelajaran bersifat akedamik sahaja..bukan utk bahasa komunikasi...
segala bentuk cara pembelajaran, modul, dan sumber bahan rujukan semuanya menonjolkan sifat domino akedamik...
Mari kita renungkan sejenak..adakah "diluar" sekolah/pusat pengajian tinggi..kita masih menggunakan bahasa Penjajah dengan penuh tertib,grammer dan nahunya..
Pernahkah mendengar dialog seperti ini..."What is your name..?..apabila bertemu seseorang
atau dialog seperti ini..."Your name .."?
Saya sangat pasti..semua org menggunakan "broken english" ketika berkomunikasi sesama sendiri...
Menteri pun ada yang "broken" lagi teruk dari saya..
Oleh itu saya sangat-sangat mencadangkan bahawa pembelajaran Bahasa Inggeris perlu dirombak kesemuanya agar tidak lagi bersifat akedamik..
Fokuskan utk mencipta Bahasa Penjajah itu sebagai sumber komunikasi no 2 baik disekolah-sekolah mahupun IPTA/IPTS..
Dialam pekerjaan komunikasi didalam Bahasa Penjajah adalah sangat diperlukan kecuali di sektor "Awam"...namun begitu hampir 99% pengusaan bahasa Penjajah ini tetap ditahap "broken"..
Komunikasi "broken" ini tetap menjadi pilihan ramai...tak pernah mendengar "good grammer or good nahu" didalam komunikasi sehari-harian..
Kaedah "pembelajaran" dan "belajar "Bahasa Penjajah didalam bentuk sifat akedamik semata-mata punca utama kegagalan penguasaan dikalangan pelajar Melayu khususnya...
Tidak guna kita dapat melihat pelajar mendapat keputusan cemerlang didalam Bahasa Penjajah diatas "kertas" namun "diluar" dia tetap "gagal berkomunikasi walaupun "broken"..
usinkata; lebih baik "broken" dari "bisu"

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009