Prisytiharan Darurat dan Perjuangan Bersenjata Melawan British
(Memperingati 61 tahun Perisytiharan Undang-Undang Darurat dan Perjuangan Bersenjata Melawan British)
Ahmad Boestamam diiring ke penjara oleh polis upahan penjajah British
Pada 20 Jun 1948, penjajah British telah melakukan penindasan yang menyeluruh ke atas gerakan kemerdekaan Malaya dengan mengisytiharkan Undang-Undang Darurat di seluruh negara. Parti-parti kiri yang berjuang untuk kemerdekaan telah diharamkan. Ramai pemimpin dan para aktivis telah ditangkap – ada yang dipenjarakan, ada yang dibuang negeri dan bahkan dihukum gantung sampai mati.Di bawah keadaan teror putih, pemuda-pemuda revolusioner telah berundur ke kawasan-kawasan pendalaman dan memulakan perang gerila melawan British. Pejuang-pejuang kemerdekaan itulah yang dilabel oleh British dan talibarut mereka sebagai “pengganas” hingga hari ini.
Setelah Undang-Undang Darurat diisytiharkan, tokoh-tokoh patriotik-demokratik Melayu dan anggota-anggota PKM, PKMM, API, AWAS, BTM, Hizbul Muslimin dan lain-lain telah menjadi sasaran pokok dalam tangkapan besar-besaran itu. Kira-kira seribu orang telah ditangkap dan disumbatkan ke dalam penjara dan kem kurungan; ramai yang dibuang negeri dan tidak sedikit yang dihukum gantung sampai mati.
Abdullah C.D menulis: “Dalam beberapa tahun saja setelah diisytiharkannya Darurat terdapat hampir seratus batalion pasukan infantri, pasukan meriam dan pasukan kereta perisai British yang terlibat dalam perang di Malaya. Mengikut perangkaan yang diperolehi, jentera perang penjajah terdiri dari 400,000 tentera, 77,000 polis dan 320,000 tentera simpanan termasuk AP. Pasukan tenteranya yang diketahui terdiri dari 3 batalion askar Australia, 3 batalion askar New Zealand, 8 batalion askar Gurkha, 1 batalion askar Kenya, 1 batalion askar Rhodesia Utara (Zambia), 1 batalion askar Nyassaland (Malawi), 1 batalion askar Fiji dan lebih 50 batalion lagi askar British.” (Dipetik dari buku Darurat Dan Kemerdekaan)
Akhbar The Times (London) melaporkan pada 2 Oktober 1953 bahawa Templer telah mengerahkan 3 divisi tentera darat untuk menghadapi peperangan di Malaya (jumlah ini tak termasuk tentera laut, udara dan kawalan kampung). Di sesetengah tempat hitung panjang setiap 2 orang penduduk dijaga oleh seorang tentera British manakala setiap gerilawan di hutan dijaga oleh 65 orang tentera. Bandingan ini menjadi lebih besar jika dimasukkan tentera laut, udara, polis dan kawalan kampung.
Pindah Paksa
Pada tahun 1953, Templer berjaya mendirikan 400 lebih kampung berkurung di seluruh negara. Hampir satu juta massa telah dihalau ke dalam kampung-kampung tersebut.
Dalam masa 8 tahun sejak bermulanya Darurat pada Jun 1948 hingga Jun 1956, penjajah British terus menerus menukar benggolan politik dan militernya. Di antaranya Pesuruhjaya Tinggi 3 kali tukar ganti – dari Edward Gent, Henry Gurney, Gerald Templer hingga ke Donald MacGalivery; Panglima tenteranya pula 6 kali ditukar – dari Charles Bucher, Harold Briggs, Ralph Lockhart, Gerald Templer, W.P. Oliver, Jeffry Boon hingga ke Rodger Bauer. Demikian juga dengan benggolan polis dan lain-lain.”
Dalam keadaan beginilah British terpaksa menganugerahkan “kemerdekaan” Tanah Melayu melalui Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957.
sumber ; matamin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment