Monday, June 29, 2009

Majlis Raja-Raja..


YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (kiri) dan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berangkat tiba pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-217 (Khas) di Istana Negara, hari ini. Berangkat sama Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (belakang, kiri) dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (belakang, kanan). Mesyuarat pagi ini dipengerusikan oleh Tuanku Syed Sirajuddin.
"Majlis Raja-Raja hari ini memutuskan supaya pandangan Majlis Agama Islam Negeri diperoleh terlebih dahulu berhubung cadangan pindaan undang-undang yang berkaitan penukaran agama dan pindaan kepada undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan).
Pada satu mesyuarat khas itu, Majlis Raja-Raja membuat keputusan untuk menangguhkan cadangan pindaan tersebut"..
usinkata; saya rasa sangat-sangat bersyukur dan berpuas hati dengan keputusan "penangguhan" yg dibuat oleh Majlis Raja-Raja pada hari ini berkenaan isu "penukaran agama" yg telah diputuskan dimana kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.
Kabinet berpendapat penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anak.
Jemaah menteri juga bersetuju mana-mana individu yang ingin menukar agama, perlu menyelesaikan semua masalah berkaitan tanggungjawabnya terlebih dulu, bagi mengelak pihak yang tidak bersalah, terutama kanak-kanak, menjadi mangsa ..
Sesungguhnya isu ini perlu dirujuk kepada Majlis Agama Islam...para ulama..para mufti..ini bukan suka-suka punya kerja..

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009