Monday, June 15, 2009

PKR & Angkatan Mudanya


ANGKATAN MUDA PKR ORANG TUA
Parti Keadilan Rakyat baru sahaja meminda dan mengubah perlembagaan parti untuk menjadi satu gerakan yang lebih demokratik. Ini satu yang amat baik. Tetapi demokratik bukan hanya pada perlembagaan. Perlembagaan parti adalah untuk menjadi rujukan dan semangat perjuangan.Satu pekara yang amat menonjol ialah had umur Angkatan Muda - di turunkan dari 40 tahun ke 35 tahun.Ini kerja bangang.Satu Malaysia tahu sesiapa yang berumur 35 tahun BUKAN anak muda. Tiga puluh lima tahun ialah umur orang tua. Kalau di kampong sudah ada tiga anak. Kalau di zaman Jepun mungkin sudah ada menantu. Kalau kahwin janda telah ada anak lima.Tidak percaya? Sila tanya PM kita.Bayangkan – kalau umur 30 tahun : Kalau sawit sudah empat kali tanam semula. Kalau getah sekerap pun tak ada lagi. Kalau pokok durian kampong sudah naik saka. Kalau pokok kelapa hanya berbuahkan mumbang.Anak Muda ertinya mereka yang berumur 16 tahun hingga ke 25 tahun. Malah 25 tahun pun agak telah agak kotai. Tidak ada anak muda yang dapat beridentifikasi dengan orang tua berumur 35 tahun. Ertinya Angkatan Muda PKR akan di pimpin oleh ORANG TUA.Anak Muda telah bosan dengan orang tua. Dengan idea tua. Dengan perangai tua. Dengan gaya hidup tua. Umur 35 tahun bukan anak muda tetapi telah menjadi Mat Dangdut.Anak Muda mahu di lihat cool. Mahu dilihat rock. Mahu mengubah dunia. Mahu melakukan apa sahaja yang MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH - bukan kah ini senikata lagu resmi PKR ? John Lennon mengubah dunia ketika berumur 23 tahun. Nabi Isa mengubah dunia ketika berumur 26 tahun. Karl Mark menulis Phd nya ketika berumur 19 tahun. Orson Wells membuat Citizen Kane ketika berumur 27 tahun. Ahmad Boestaman memimpin API ketika berumur 19 tahun. Ong Boon Hua aka Chin Peng memimpin warga Perak mengangkat senjata menggempur tentera Jepun ketika berumur 17 tahun.Hanya Anak Muda yang boleh mengubah dunia. Umur 35 tahun adalah Mat Skema. Siapa agaknya diantara 103 yang menentang pindaan perlembagaan itu. Jika undian yang mementang datangnya dari anak muda – yakinlah tidak lama lagi AMK akan menjadi gerakan Mat Dangdut.AMK wajib diubah untuk dinamakan Angkatan Masyarakat Kotai. (TT)
NOTA : Kalau tidak tahu makna kotai jangan jadi rakyat Malaysia. Pindah ke Saudi Arabia pergi jaga Makam Nabi.
sumber ; tukartiub.blogspot.com

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009