Sunday, June 14, 2009

Takda Filter mamat nie...


Anak Tun D.E.T ini Al-Mukhriz membidas Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak menghargai pengorbanan anggota tentera demi mempertahankan rakyat dan negara daripada kekejaman Parti Komunis Malaya (PKM) apabila meminta bekas setiausaha agung PKM Chin Peng dibenarkan pulang ke tanah air.
Mukhriz kata kenyataan Anwar yang menyamakan PKM dan pengganas Chin Peng dengan Kerajaan China serta Parti Komunis China tidak masuk akal selain tidak bertanggungjawab.
"Chin Peng seorang yang rasis, tidak berperikemanusiaan dan tidak berjuang untuk idealisme komunis yang sebenarnya,"
Mukriz mengulas kenyataan Anwar hari ini bahawa Chin Peng seharusnya dibenarkan pulang ke tanah air untuk menghabiskan sisa hidupnya demi pertimbangan kemanusiaan.

Anwar berkata ia adalah konsisten dengan dasar negara yang mengadakan perjanjian damai dengan PKM malah telah pun membawa beberapa bekas tokoh parti itu pulang ke tanah air sebelum ini. Anwar berkata beliau menolak gerakan militan Parti Komunis Malaya “tetapi itu tidak bermakna kita mempertahankan gerombolan orang yang menjadi agen kepada penjajah Inggeris."
Kerajaan BN seharusnya konsisten dalam melayan permintaan Chin Peng yang sudah berumur dan mahu kembali ke kampong halamannya, kata Anwar.
Anwar berkata kerajaan sebelum ini membenarkan bekas pemimpin kanan Parti Komunis Malaya seperti Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad, untuk kembali menetap di Malaysia tanpa masalah.
“Kita telah adakan perjanjian damai…Saya tak mahu melihat seolah-olah komunis Melayu tidak apa, tetapi komunis Cina tak boleh (dibenarkan pulang). Ini saya tidak boleh terima,’ kata Anwar.

Menurut Mukhriz sejarah telah merakamkan pembunuhan rakyat Malaya yang dilakukan oleh PKM pimpinan Chin Peng dan bukannya atas arahan kerajaan China pada waktu itu..
usinkata: Inilah yang dikatakan "buta" sejarah..ooooo..patutla..dia ni belajar sejarah yg ditulis UMNO sahaja..so..memang dia xtau laaa...tak tau ka tak mau terima hakikat dan mengakui sejarah yg benar dan yg terselindung...
Adalah lebih baik saya bagi satu laman blog dan pergi kesana membacanya utk mengetahui dan menganalisa sendiri serta membua tafsiran sendiri dan seterusnya membandingkan dengan sejarah yg tertulis dibuku-buku teks sekolah...http://matamin.blogspot.com/2009/06/beberapa-fakta-tentang-perang-anti.html
Yang bestnya bapak Najib pon pi jumpa pemimpin Komunis China...aku ingat Komunis China lagoi rasis dan tidakberperikemnusiaan kat rakyatnya yg beragama islam di negara mereka sendiri..cuma xda sejarah yg didedahkan kepada kita tentang kekejaman Komunis China ke atas rakyatnya yg beragama Islam..
So..utk cik Mukhriz...jgn la dok cari pasal tak tentu hala...cari isu yg lebih "membina" sikit..asyik-asyik nk mainkan sentimen kebencian/agama/bangsa sahaja..
itula pasal rambut xda dah bawa masalah..xda filter...itu yg merepek sepanjang masa..ingat-ingat sekarang nie El Nino nak sampai..jaga jangan sampai "otak masak" lak..huhuhu..jgn mara..usik saja..

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009