Monday, June 15, 2009

Perjanjian Haadyai

Kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai


PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.

Parti Komunis Malaya dibubarkan

Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.

Chin Peng selaku wakil ahi PKM berikrar taat setia kepada Yang diPertuan Agung Malaysia.
Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.

Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.

Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk memulakan hidup baru di Malaysia

Sewaktu perjanjian tersebut ditandatangani, Malaysia diwakili oleh:
Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman, Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
Tan Sri Mohd. Hanif OmarKetua Polis Negara
Jeneral Hashim Mohd AliKetua Turus Angkatan Tentera Malaysia


Chin Peng dilahirkan di Setiawan negeri Perak diketahui umum di dalam dan luar negeri, dan sanak saudaranya dengan senang saja dapat menjadi saksi untuk memberi keterangan dalam mahkamah. Rasanya permintaan mahkamah hanya merupakan alasan untuk menafikan hak Chin Peng untuk menetap di Malaysia berasaskan prinsip Jus Soli.


Pada 21 Mei, Pengerusi Citizens Internasional, Sdr. SM Mohamed Idris, telah merayu kepada kerajaan supaya Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia atas alasan-alasan berikut:
Melalui perjuangannya menentang imperialisme, penjajahan dan penindasan, beliau telah membawa kehormatan dan maruah kepada negara dan rakyat kita;

Telah menjadi fakta sejarah yang sahih bahawa perjuangan yang dibawa oleh gerakan pembebasan pimpinan Chin Peng, Rashid Mydin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan lain-lain telah menyumbang ke arah kemerdekaan Malaya;

Sumbangan gerakan ini diiktiraf sendiri oleh mantan perdana menteri Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, bekas timbalan perdana menteri Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dan Tun Abdul Ghafar Baba, seorang lagi mantan timbalan perdana menteri;

Perjanjian PKM dengan kerajaan Malaysia pada 1989 membenarkan bekas pemimpin gerakan gerila itu pulang ke tanahair dan menetap, kerajaan digesa menghormati butiran perjanjian tersebut.

Beberapa bekas pemimpin kanan PKM seperti Abdullah C.D., Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad telah dibenarkan oleh kerajaan untuk kembali, malah menetap di Malaysia.


usinkata; "Kerbau Dipegang Talinya....Manusia Dipegang "JANJINYA"....oleh itu sebagai manusia janganlah menjadi 'kerbau"...walaupun banyak betul "pemimpin - pemimpin kerbau" sejak 50 tahun yang lalu...
Amat bagus sekali anak Tun D.E.T mengambil dan membaca perjanjian-perjanjian ini..mana tau kot2 boleh tumbuh kembali rambut-rambut tue...hihihihi...

1 comment:

Anonymous said...

Apa barang Chin Peng? - Siapa beliau? Beliau ialah pengkhianat negara - bukanlah hero, tetapi beliau adalah ketua pengganas / penjenayah perang membunuh bangsa2 Melayu / askar2 Melayu bertujuan untuk merampas Tanah Melayu dari bangsa Melayu.

Apa ke bodohnya kalau Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia? Pergi jahanam dengan Perjanjian Hadtyai 1989 tu, buat apa buang masa dan takut kpd PKM yang kalah dan tak berguna tu? Bodoh betul!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009