Saturday, June 27, 2009

Melayu,Cina, India...; Kini



Suatu hari saya ada membeli belah di sebuah pasaraya Econsave yg berhampiran Bandar Puteri Jaya Sungai Petani..
Apa yg menarik perhatian saya adalah mengenai satu indsiden yg melibatkan kaum-kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu,Cina dan India..
Kisah ini terjadi keatas saya sendiri..
ketika itu saya sedang beratur utk menimbang barang di kuanter penimbang...dihadapan saya seorang nyonya(cina) dan dihadapan beliau pula adalah seorang india..
India tersebut saya sudah mengenali beliau selama 5 tahun kerana kami bekerja ditempat yg sama...
insiden tersebut berlaku apabila nyonya ini tidak perasaan bahawa troli barang yg dihadapan beliau adalah milik india tersebut..oleh itu beliau cuba menolaknya keluar dr perbarisan..
ketika dia sedang cuba mengalihkan troli tersebut.maka india tadi menegurnya.."ini saya punya la.."...
"ooo..yaka..soli-soli..i xperasan laa" balas cina tersebut
"apa xperasan..ini saya punya laaa.."india tersebut meninggikan suara...
melihat dari reaksi india tersebut maka nyonya itu seakan-akan berkecil hati..lantas dia mengadu kepada saya..
"sikalang aaa..india punya org banyak sombong tau..."
saya hanya tersenyum sahaja dan mengangguk-anggukan kepala tanda setuju dengan komen nyonya tadi..
Saya sangat bersetuju kerana saya memang sangat-sangat mengenali india tersebut..beliau memang seorang yg sombong..
apa yg terlintas dihati saya..sedikit membenarkan apa yg dikatakan oleh nyonya tadi..kita bole lihat dengan senario masyarakat india sekarang ini..kini masyarakat india sudah banyak berubah dari zaman dahulu..para profesional dari kaum tersebut juga sudah semakin hari semakin meningkat bilangannya..begitu juga peniaga-peniaga india..dimana-mana kita dapat melihat perniagaan mereka..
adakah dengan keluarnya mereka dari "estate" dimana suatu ketika dahulu merekalah penghuni terbesar..mengakibatkan mereka ini sudah "sombong"..dan lupa diri..
Ketika dahulu mereka ini cukup menghormati cina dan melayu...mungkin mereka merasakan bahawa mereka ini golongan yg tidak setaraf dengan kaum-kaum yang lain pada ketika itu..
Dan kini apabila mereka sudah "melihat dunia" dan mereka merasakan sudah tiada lagi "taraf" antara mereka dan kaum yang lain terus memperlihatkan siapa mereka sebenar..
Saya tidak ingin menjadikan isu ini sebagai isu perkauman..
apa yg ingin saya nyatakan bahawa..tidak ada salahnya kita saling hormat menghormati antara kaum...walaupun dimana kita berada dan apa jua taraf kita..

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009