ALHAMDULILAH ... setitik cahaya kini sudah mula tersembur di hujung terowong bagi menyelesaikan insiden yang berlaku di Kota Bharu sehari dua lalu. Semalam katanya Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat telah berjumpa dengan timbalanya Datuk Dr Haron Din di Kuala Lumpur.Pertemuan itu berlangsung di rumah Kelantan. Dalam pertemuan atas permintaan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat itu katanya berlangsung dalam suasana mahabbah di antara keduanya. Pertemuan itu tidak disertai oleh sesiapa melainkan mereka berdua sahaja.
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menjelaskan apa yang berlaku di Kota Bharu beberapa hari lalu yang telah memimbulkan kekalutan politik dan kekeliruan di kalangan ahli dan pen yokong Pas bersabit kenyataan kerasnya terhadap Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.Kejadian itu mengejutkan banyak pihak dan ianya tidak wajar berlaku apa lagi membabitkan dua pemimpin Pas seorang bertaraf mursyidul dan seorang lagi timbalan presiden.Difahamkan dalam pertemuan itu, Tuan Haji Nik Abdul Aziz menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya dalam konotasi yang sepatutnya difahami oleh ahli dan penyokong Pas. Beliau juga mengakui kenyataan kepada media itu dilakukan dalam keadaan tidak dapat dikawal dan berbaur sedikit rasa marah.Sementara itu sehari sebelum ini Mursyidul Am Pas itu juga turut sama dikunjungi oleh Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta ahli jawatankuasa Dewan Ulama, Nik Zawawi Salleh di kediamannya di Pualau Melaka.Dalam kunjungan atas kapasiti kedua mereka sebagai anggota keluarga itu, Tuan Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menjelaskan apa yang berlaku. Khabarnya Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz memberi jaminan apa yang berlaku itu akan dapat diselesai dengan baik.Pernyataan yang sama juga katanya dituturkan kepada Datuk Dr Haron Din.Mudah-mudahan sahaja apa yang berlaku di Kota Bharu itu boleh diatasi dan keadaan akan kembali tenang semula. Adalah diharap apabila berlaku pertemuan ukhwah antara Mursyidul Am itu dengan beberapa pemimpin tertinggi dipilihnya akan menamatkan polemik mengenai indisden berkenaan.
sumber ; msomelayu.blogspot.com
No comments:
Post a Comment