UMNO Johor sifatkan itu suara rakyat
Sultan Johor dalam titahnya semasa merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri Johor hari Khamis bertitah baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungkan Johor dengan Singapura. Titah baginda itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor. "Beta dititahkan oleh Sultan Johor bahawa baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu," titah baginda. Cadangan pembinaan jambatan ketiga itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa melakukan lawatan ke Singapura bulan lalu. Sementara itu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad mengulas titah Sultan Johor itu berkata, apa yang dititahkan itu adalah suara rakyat negeri Johor. “Titah baginda itu adalah aspirasi rakyat Johor keseluruhannya. Titah baginda adalah cerminan Raja berjiwa rakyat dan mewakili suara rakyat,” katanya.- agendadaily
usinkata; Sultan Johor sudah lama mau Tambak dirobohkan...tau-tau saja Najib nak bina satu lagi jambatan..apa..jambatan ketiga..ialah laa tue..no 3...no 1 (tambak) pun dah bawa masalah dan no 2( bengkok) pula lagi bermacam masalah...mesti no 3 Sultan boleh naik 'murka'...
Umno Johor kata titah Sultan adalah suara rakyat..maka dengan ini rasmilah bahawa rakyat sudah menolak Najib...dengan Sultan, Umno Johor dan rakyat seluruh Johor terang-terangan menolak Najib..org tua-tua kata lagi terang nk bersuluh lagi...
Lagi satu...Umno Johor kata titah baginda cerminan Raja berjiwa rakyat...maka dengan itu sudah termaktub bahawa Najib langsung tidak "mesra rakyat" bukan sahaja utk rakyat Johor tapi rakyat 1Malaysia...yela..jika dibina jambatan no3 sudah semestinya "bahana" dan 'bencana" yang akan melanda bukan sahaja Johor dan rakyatnya kena tapi 1Malaysia kena....kan senang2 "lawan" akan menyeberang..
Ingat kalau dibuat kajian tahap kepercayaan rakyat kepada Najib sekarang ini..sudah pasti 10% sahaja rakyat percaya yg Najib boleh "menyelamatkan" 1Malaysia..lagi 90% mengatakan 1Malaysia akan hancur ditangan Najib...
Dengan terlafaznya titah Sultan Johor yg menolak cadangan Najib maka sudah pasti apa yg dikatakan oleh TGNA bahawa "ada yg tidak kena" dengan PM kita ini...
Ini serius tau..Sultan Johor pun sudah menghidu apa yg bakal terjadi jika hasrat Najib dilaksanakan..oleh itu elok sangatlah dibuat sesuatu agar negara tidak "tergadai" dan "hancur" ditangan Bini Rosmah C4 ini...
1 comment:
...perjuangan Umno Johor untuk mansuhkan PPSMI dah berjaya. Tahniah!(itu pun sebab TPM adalah orang Johor)
... namun bagaimana pula isu nak mansuhkan ISA dan lain-lain isu yang mencengkam orang Melayu Islam???
... masih relevankah parti yg berteraskan nasionalis, sedangkan bangsa Melayu selama 52 tahun Umno memerintah masih 'dok macam tu jugak'??? x percaya??!! perhatikan anak2 melayu kat kampung2, pekan2, bandar2, felda2 dan merata tempat lagi... fikir2kan...
Post a Comment