Sunday, June 28, 2009

Tahniah: Saad Al Hariri


Pemimpin kelompok majoriti di Parlimen Lubnan, Saad al-Hariri dilantik secara rasmi sebagai Perdana Menteri baru negara itu semalam. Presiden Michel Suleiman mengeluarkan perintah presiden melantik Hariri, 39, seorang Islam Sunnah, sebagai perdana menteri selepas 86 ahli parlimen yang mempunyai 128 kerusi mencalonkannya bagi jawatan itu. Hariri berkata beliau akan berusaha menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan yang mampu menghadapi pelbagai cabaran politik, ekonomi dan sosial, tetapi memberi amaran ia suatu tugas sukar.
“Kita akan memulakan rundingan dengan ahli parlimen berdasarkan komitmen kepada kerajaan perpaduan kebangsaan dengan semua pihak mempunyai wakil masing-masing, berfungsi, harmoni dan bebas daripada gangguan dan kecacatan. “Kita tahu jalan untuk mencapai sasaran ini tidak mudah dan banyak cabaran perlu dihadapi melebihi daripada apa yang ada sekarang,” katanya. Pemimpin muda itu berkata, apa yang lebih penting daripada pembentukan kerajaan perpaduan ialah masa depan Lubnan pada masa yang paling kritikal dalam sejarah Asia Barat.
Hariri yang disokong Amerika dan Arab Saudi mengetuai pakatan politik untuk memenangi pilihan raya bulan ini, menewaskan pakatan pembangkang diketuai Hizbullah.

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009