Friday, July 3, 2009
Rezeki disebalik masalah...; Emas ditemui di Pendang Kedah
Penduduk Pendang kini sibuk mencari emas di tapak kuari di Kampung Jelutong, Tobiar di Pendang, sejak ketulan emas dilaporkan ditemui oleh beberapa pekerja kuari dua hari lalu.Menurut Bernama, mendapati beratus-ratus penduduk berduyun-duyun membawa peralatan untuk mencari emas."Mula-mula saya pun tak percaya dalam ketulan batu kuari ini ada emas. Tapi bila dengar ada orang dah jual emas, saya pun datang mencuba nasib. "Saya tengok memang macam ada ketulan berwarna kuning dan bersinar-sinar di celah-celah batu kuari yang berwarna hitam ini," kata Niza Samsudin, 25, dari Kampung Banggol Temak.Semua ahli keluarganya turut mencari emas bersamanya.Seorang pelajar, Amirul Anas Amirul Rashid, 13, berkata dia datang mencari emas setiap petang sejak Rabu lalu."Pada mulanya ibu bapa saya tak izinkan saya cari emas ini, tapi apabila saya bawa balik tunjuk kepada mereka, ibu bapa saya pun turut datang mencari bersama."Kami nak kumpul banyak-banyak dulu, lepas ini baru jual," katanya.Abdul Halim Abdullah, 66, yang menetap lebih 30 tahun di kampung tersebut berkata ini adalah kali pertama laporan tentang emas dijumpai di kampung itu."Jika benar ketulan kuning di dalam batu adalah emas, kami yang kebanyakannya bersawah tentu bertuah kerana dapat menjana pendapatan tambahan," katanya.
usinkata; Kat sebelah Kampung Jelutong tue Kampung Penyarom..aku dulu dok kat situ asrama Sekolah Menengah Al-Hidayah Tobiar...selalu gak dok tengok kuari tue...emm..kat situ pon ada kilang Mudim xjauh dari kuari...alaaa Kicap Mudim...org islam punya tue..beruntung org-org kat situ..org-org kat situ baik-baik belaka...tok-tok guru pon banyak kat sana..kat sana tempat paling ideal utk belajar ilmu agama..pondok pon banyak..jom la pi sana....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
bang usin tak update ke berita ni...dengor dengor emas tu bukan emas alsi bang usin..alahaiii beruntung orang tua kat situ situ yeee maklunlaa semua baik baik belaka...
adakah ini ujian tuhan terhadap umatnya yang tamat? sama sama kita lihat
Post a Comment