Sunday, July 5, 2009
Tahniah; Chef Wan diiktiraf 'Selebriti Chef Terbaik Dunia' di Gourmand Awards 2009
DIANUGERAHKAN gelaran selebriti chef terbaik di dunia menjadi 'mimpi yang indah' dalam hidup Chef Wan.
Ketika namanya diumumkan sebagai "The Best Celebrity Chef In The World" di 'World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009' bertempat di Comedie Francaise near Palais Royal kelmarin, Wan melonjak gembira sambil memanjatkan kesyukuran kepada illahi atas kejayaannya itu.
Yang menjadi kenangan itu lebih manis ialah Chef Wan bukan setakat beroleh satu kejayaan saja pada malam itu.
Selain dinobatkan sebagai 'selebriti chef terbaik dunia', buku masaknya "Sajian Aidilfitri bersama Chef Wan" terbitan Avon Cosmetic Malaysia 2008, juga diiktiraf sebagai buku kutipan amal terbaik. Apa yang lebih membanggakan Chef Wan bila Edouard Cointreau, Ketua Pegawai Eksekutif Gourmand memberi gambaran yang cukup baik tentang dirinya.
Kejayaan Chef Wan sebagai 'Selebriti Chef Terbaik Dunia' di Gourmand Awards baru-baru ini amat membanggakan sekelian warga Malaysia
Katanya, "Chef Wan bukan saja personaliti tukang masal terkenal yang cukup terkenal di rantau Asia itu.
"Dia juga adalah seorang lelaki 'renaissance' (selalu membuat pembaharuan) dan mempunyai banyak bakat serta disayangi ramai. Dia pernah menjadi akauntan, bekerja di bank, menjalani latihan chef di California dan France.
"Dan kini nama Chef Wan setaraf selebriti terkenal di dunia setelah membintangi 6 000 program masakan di television, berlakon dalam 7 buah filem dan 4 teater.
"Chef Wan juga boleh memperbaiki cara masakan dalam masa yang paling singkat dengan gayanya yang selamba dan kelakar, ditambah dengan pengetahuan teknikal tentang makanan dan sejarah makanan itu sendiri," kata Cointreau.
Sememangnya, bakat Chef Wan dalam bidang memasak dan pengalamannya yang luas di Asia dan Barat tidak boleh dipertikaikan lagi.
Bukan saja dikenali sebagai selebriti tukang masak terkenal tapi dia merupakan 'Duta Malaysia' mempromosikan pelbagai masakan dari rantau ini ke peringkat antarabangsa.
"Wan bersyukur sangat, masih ada yang menghargai sumbangan Wan selama ini. Alhamdulillah...semua ini adalah rezeki dari Allah," jelas Wan yang juga penasihat masakan Malaysia.
Ramai yang tidak tahu yang Wan sebenarnya adalah salah seorang dari chef selebriti yang mendapat anugerah fellowship dari Universiti Thames Valley selain Gary Rhodes.
Personaliti Wan yang begitu unik, peramah dan kelakar menjadikan beliau calon yang paling layak mendapat anugerah tersebut pada tahun ini.
"Wan rasa terharu sangat ketika mendapat anugerah tersebut. Tambahan pula ketika itu, Wan mengenakan baju Melayu siap dengan samping. Setelah 25 tahun dalam bidang ini, rasanya inilah saat yang sungguh membanggakan bagi Wan," kata Chef Wan ketika dihubungi.
Sebenarnya, kegemilangan dan kemasyuran yang dikecapi pada malam itu terlalu sukar untuk Chef Wan lupakan dan lahirkan dengan kata-kata.
"Wan rasa macam tak percaya saja bila nama Wan diumumkan. Rasa gembira, sebak, terharu ....semua ada hinggakan hampir-hampir Wan menangis kegembiraan," kata selebriti tersohor yang terkenal dengan sifat ramah dan dermawannya itu.
Katanya lagi, "Betul ke or its a dream? How did I get this far? Semuanya Wan tanya diri ini. Terlalu kecil rasanya diri ini kalau hendak dibandingkan nama-nama hebat seperti Jamie Olivers, Nigella, Gordon Ramsay, Anthony Bourdain dan Bobby Chin.
"Begitu juga dengan ramai selebriti yang handal-handal dari Malaysia. Bagi Wan, we are all special in our own way. Kita perlu rendah diri walau di mana bumi kita pijak...," kata selebriti yang berasal dari Raub, Pahang dengan penuh falsafah.
Namun, di sebalik kejayaan demi kejayaan yang diterimanya, Chef wan tidak pernah lupa akan segala nikmat yang dikecapi selama ini datangnya dari yang Esa.
"Tiada kuasa yang lebih hebat dan melebihi kuasa Allah. Dia memberi dan kita menerima. Dengan limpah kurnia Dia jua, Wan berada di tahap ini," jelas Chef Wan yang tidak berhenti memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan.
Kata Chef Wan lagi, "Semasa Wan diwawancara oleh Chinafood TV Network dan French TV Canal Plus, Wan ada beritahu mereka yang Wan ingin sekali menyebarkan keindahan agama Islam melalui cara kita makan bersama famili dan keluarga."
Yang penting, kejayaan terbaru Chef Wan amat bermakna bagi seluruh negara Malaysia.
"Apa yang perlu anda buat ialah yakin dengan keupayaan diri sendiri. Timba ilmu dan berkongsi sejujurnya ilmu yang diperolehi dengan masyarakat. Insya Allah, dengan keyakinan diri, semangat kental dan komitmen, kita mampu beroleh kejayaan," kata Chef Wan yang juga seorang pakar motivasi.
Rahsia kejayaan Chef Wan selama 25 tahun? Katanya, tidak ada istilah nombor dua atau tiga. Dalam kamus Chef Wan, hanya ada satu nombor saja iaitu Nombor 1 dan itulah yang menjadi dorongannya selama ini.
usinkata; aku memang "layan" program masakan Chef Wan nie.bukan apa..tgk dia masak senang ja..aku pon mmg suka gak masak-memasak nie..menu paling aku suka buat "lamb Chop"..nak rasa mai la umah aku....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment