Datuk Seri Azizan Abdul Razak (kanan) melihat gambar Plaza Tunku Yaacob yang akan dibina,sambil diberi penerangan oleh Ketua Eksekutif Beleview Bina, Datuk Sony Ho (kiri) di Alor Setar, semalam. - BERNAMA
ALOR SETAR 3 Julai - Plaza Tunku Yaacob yang terletak berhadapan Menara Alor Setar di sini akan dipulihkan semula dan dimajukan sebagai hotel bertaraf lima bintang yang pertama di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pembinaan semula plaza yang terbengkalai sejak 28 tahun itu akan melibatkan dua fasa iaitu pemulihan struktur bangunan dan pembangunan kawasan tanah lapang berhampiran yang dijangka menelan belanja lebih RM300 juta.
Beliau berkata, plaza berkenaan juga akan menempatkan hotel bertaraf tiga bintang, pusat konvensyen serta kompleks membeli-belah bertaraf antarabangsa seperti di Kuala Lumpur dan Singapura.
Katanya, projek yang dijangka bermula tahun depan itu akan dilaksanakan secara usaha sama antara syarikat pemaju Belleview Bina Sdn. Bhd., Bina Darulaman Bhd. (BDB) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).
"Kerajaan negeri sangat positif dengan usaha pemulihan ini dan yakin ia akan siap dalam tempoh yang ditetapkan iaitu kira-kira tiga tahun dari tarikh mendapat kelulusan rasmi kerajaan negeri serta pihak berkuasa yang berkenaan.
"Dalam projek pembangunan semula kompleks ini, PKNK akan memegang saham 20 peratus dalam syarikat usaha sama. Aliran tunai yang mencukupi untuk menampung kos pembangunan akan disediakan oleh Belleview," katanya kepada pemberita di sini.
Azizan berkata, dengan adanya projek pembangunan semula itu, kerajaan negeri berharap syarikat GLC Kedah dan kontraktor tempatan akan turut diberi peluang untuk terlibat sama dalam pembinaannya.
Beliau berkata, projek berkenaan juga akan memberi peluang kepada peniaga kecil bumiputera dan tempatan untuk menceburi perniagaan runcit dan medan selera dalam kompleks komersial itu.
"Selepas pembinaan pusat komersial bertaraf antarabangsa dan juga hotel bertaraf lima serta tiga bintang ini siap sepenuhnya, Kedah akan mempunyai satu mercu tanda baru, sekali gus mengubah wajah bandar raya Alor Setar.
"Selain itu diharap pembinaannya juga dapat menjana kegiatan ekonomi kerajaan negeri dan syarikat-syarikat milik kerajaan yang berkaitan," katanya. - Bernama

usinkata; Inilah antara "kerja" yg dilakukan oleh PAS Kedah selepas mengambil alih pemerintahan di Negeri Kedah...menyelesaikan masalah yg berlapuk dan berhabuk yg ditinggalkan oleh UMNO/BN "berkurun-kurun" lamanya..
No comments:
Post a Comment