Saturday, May 2, 2009

Tengkorak Makhluk Asing..?


















Batu mirip kepala makhluk asing
GAMBAR dalam bulatan menunjukkan seketul batu di planet Marikh yang dianggap oleh peminat objek terbang tidak dikenali (UFO) mirip kepala makhluk asing.


LONDON - Beberapa pengkaji objek terbang tidak dikenali (UFO) berasa teruja setelah mendapati sekeping gambar yang dirakam dari planet Marikh memaparkan imej seperti tengkorak makhluk asing, lapor sebuah akhbar semalam.
Imej yang dirakam oleh kenderaan pemantau Spirit Rover di Marikh itu menunjukkan batu berbentuk seperti kepala di satu kawasan padang pasir.
"Ini bukan batu. Ia seperti makhluk asing Roswell (rujukan kepada kejadian UFO yang dipercayai terhempas di AS pada 1947) dengan tengkorak menampakkan bahagian dagu manakala soket matanya terpisah lima sentimeter.
"Saya juga mendapati terdapat mulut kecil dan ia dipercayai sejenis makhluk karnivor," kata seorang peminat UFO yang memberi komen dalam satu forum di Internet.
Namun, seorang lagi peminat UFO bergurau dengan berkata: "Adakah itu makhluk yang kepalanya dipenggal atau ditanam sehingga ke paras kepala?" ....sumber www.kosmo.com.my

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009