Sunday, May 3, 2009

"kesian kat mayat tue..."

foto; MAYAT seorang wanita yang disemadikan di bawah pokok ara di kawasan perkuburan Sema Wayah di Kampung Trunyan, Bali.

TERDAPAT sebuah kampung terpencil di Bali, Indonesia yang masih tidak berganjak dengan amalan tradisi mereka sejak 800 tahun dahulu.
Penduduk kampung Trunyan tidak membakar atau mengebumi mayat orang yang mati seperti yang biasa dilakukan oleh penganut Hindu di Bali. Sebaliknya, mayat dibiar reput di bawah sebatang pokok ara.
Mengikut kepercayaan mereka, pokok yang dianggap suci itu merupakan penjelmaan dewi yang turun dari langit dan berkahwin dengan putera Jawa.
Kampung yang terletak di Tasik Batur di kaki Gunung Abang itu suatu masa dahulu hanya boleh dikunjungi dengan menaiki bot sebelum jalan batu dibina pada tahun 2006 untuk menghubungkannya dengan bandar-bandar lain.
"Semua tradisi dan ritual diwarisi daripada leluhur kami. Jika dilupakan walau sedikit pun tradisi ini, kami akan ditimpa bencana seperti penyakit atau kematian. Itulah sebabnya kami tidak berani mengubah atau melanggar amalan ini," kata penolong penghulu kampung, Ketut Jaksa.
Perjalanan dengan bot di pesisiran tasik luas itu seumpama lawatan ke tanah perkuburan. Di situ terdapat sebatang pokok ara yang menaungi mayat-mayat yang dibaringkan. Kawasan itu dipagari buluh agar mayat tidak diceroboh anjing atau haiwan liar.
"Dua orang wanita ini telah meninggal dunia kira-kira sebulan yang lalu," ujar Jaksa sambil menunjukkan dua mayat berpakaian berwarna-warni yang ditutup dengan payung dan kain satin putih.
Satu mayat kelihatan berambut panjang dan hitam dengan mata yang tertutup rapat, sementara satu lagi sudah mereput dan menampakkan tengkorak. Namun, keganjilan yang ketara ialah mayat yang reput itu tidak mengeluarkan bau.
Di kawasan perkuburan bernama Sema Wayah itu, tulang-temulang mayat yang terdahulu dilonggokkan di pangkal pokok tersebut. Jika seseorang meninggal dunia, sisa mayat yang paling lama akan dialihkan untuk memberi ruang kepada mayat baru. Tengkorak pula disusun berderet di atas batu.
Orang Trunyan mendakwa mereka ialah waris keturunan Bali asli iaitu Bali Aga. Mereka menganuti ajaran Hindu kuno yang bermula sejak sebelum kemunculan kerajaan Majapahit.
Menurut ketua kampung, Ketut Sutapa, dewi langit yang mengahwini putera Jawa mempunyai beberapa orang anak namun semuanya mati akibat haruman pada tubuh dewi tersebut.
"Oleh kerana terlalu mengharap dikurniakan anak, putera itu mengharamkan orang kampung daripada mengebumikan orang yang mati dengan harapan bau mayat yang reput dapat menyeimbangkan wangian melampau sang dewi," cerita Sutapa tentang keupayaan pokok ara itu meneutralkan bau busuk kematian...-sumber www.kosmo.com.my

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009