Sunday, May 3, 2009

Masalah kecil yg "sihat"dalam Pakatan Rakyat..-anwar


Anwar: Perselisihan masalah kecil, PAS janji sokong calon PKR

Perselisihan faham antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS berhubung parti mana yang patut mewakili Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti merupakan masalah kecil yang boleh diselesaikan, kata Penasaihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata adalah sesuatu yang baik apabila pemimpin-pemimpin akar umbi daripada Pakatan Rakyat untuk membuat cadangan bagi mewakili pimpinan parti masing-masing.
"DAP dan PAS mempunyai hak untuk bertanya kepimpinan Pakatan Rakyat agar mempertimbangkan cadangan-cadangan mereka bagi memilih calon.
“Dalam perkara ini, pucuk pimpinan PAS bersetuju bagi membenarkan PKR untuk membuat keputusan itu.
“Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang memberitahu kepimpinan Pakatan Rakyat dalam satu mesyuarat bahawa mereka bukan sahaja bersetuju, tetapi menyokong sepenuhnya pilihan PKR, Mansor Othman untuk bertanding di Penanti," katanya selepas merasmikan bilik gerakan Wanita PKR Permatang Pauh di Sungai Semambu semalam.
Tambah Anwar, beliau telah menemui Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman petang semalam.
Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, isu ini sebenarnya diperbesarkan oleh media dan adalah tidak benar dakwaan yang mengatakan PAS tidak akan memberikan sokongan atau membekukan jenteranya pada pada pilihan raya kecil itu nanti.
Mengulas mengenai ketiadaan wakil PAS semasa beliau mengumumkan Mansor sebagai calon Selasa lalu, Anwar memaklumkan pada ketika itu Salleh berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bagi menyambut ketibaan keluarganya dari Mekah...- sumber www.mstar.com.my

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009