Sunday, June 7, 2009

FASIS = UMNO/BN...?

Artikel yg ditulis oleh ZUKRISH AKSHAH didalam akbar Siasah keluaran 31Mei-6Jun 2009 seharusnya dipandang berat oleh UMNO khususnya bagi memuhasabah perjuangan UMNO/BN dulu,kini dan selamanya..
Tindak tanduk UMNO/BN selepas detik gelita 13 Mei 1969 seakan-akan sudah meresapi semangat fasisme dalam setiap tindakan yg dilakukan..
Marilah renungkan sejenak apakah 4 fahaman fasis = UMNO yg diperolehi dari artikel ZUKRISH AKSHAH yg bertajuk "Bila Rais cakap komunis jahat..."..

4 fahaman fasis = UMNO..?

" Fasisme antara lain besifat ultra-nasional dan rasis,sementara kepercayaan pokoknya adalah ketidakpercayaan kepada kemampuan logik,; iaitu keyakinan yg bersifat fanatik dan dogmatik, tidak boleh dibincangkan lagi, pemusnahan logik oleh pemimpin fasis biasanya dilakukan dalam rangka "tabu" seperti masalah ras, kerajaan dan pemimpin."
usinkata; sikit-sikit ISA..sikit-sikit ISA...tangkap sana- tangkap sini..lepas tue bebas-lepas tue tangkap balik..



"Fasis juga percaya terhadap pengingkaran darjat kemanusiaan, mempercayai manusia tidak sama, contohnya ahli parti..tinggi darjatnya dari bukan ahli parti, satu bangsa lebih tinggi darjatnya dari bangsa yang lain."
usinkata; Ahli Umno senang sekali hendak memohon pelbagai kemudahan dari pihak kerajaan..sebagai contoh; Pinjaman Tekun...( tak perlu lagi utk menerangkan apakah syarat sampingan yg mesti ada ..).cuba lihat pemimpin UMNO tidak kiralah dari mana-mana peringkat sekalipun..lihat sajalah gaya hidup mereka..samakah dengan kita(marhaen ini).
Perhatikan pula kakitangan Kerajaan kini..amboi..senang lenang..manjanya...segala urusan mereka ..mudah sekali...kita(swasta) apa cerita...cari ah long laaa..


"Fasis percaya kepada kod perilaku yg didasakan kepada kekerasan dan pembohongan, tidak mengiktiraf "pembangkang", menganggap pembangkang adalah musuh negara, mereka mewajarkan pengwujudan kem-kem konsentrasi bagi tujuan indoktrinisasi." (baca; BTN)
usinkata; BTN sudah lama wujud..jika nak tau dengan lebih lanjut sila tanya Johari Abdul Ahli Parlimen Sungai Petani(PKR)..dia tau sangat pasal BTN..


"Fasis turut percaya yg negara hanya diperintah oleh segelintir elit yg kononya tahu kehendak keseluruhan masyarakat, jika ada penentangan maka yang menang adalah keinginan si elit."
usinkata; Kes DSAI..kes Pita Linggam..kes Khairy dengan Ali Rustam....yang terbaru Mahkamah Rayuan yg memutuskan Adun Pangkor sebagai MB Perak..

Dengan berpandukan 4 sebab atau fahaman Fasis ini memperkuatkan lagi dakwaan "pengundi muda" sememangnya menolak UMNO....tindak tanduk mereka selama ini membuatkan golongan muda semakin muak dengan rentak tari mereka...

Jangan terkejut keputusan Pilihanraya Umum yg akan datang akan merubah sama sekali pucuk pimpinan negara dari UMNO/BN kepada Pakatan Rakyat PAS-PKR-DAP

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009